MALAYSIA
Pasangan kekasih bebas tuduhan edar dadah

Kah Soon (kiri) dibebaskan daripada kes dadah, ditemani peguamnya Sivahnanthan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan sepasang kekasih daripada dua pertuduhan mengedar 1.2 kilogram dadah, empat tahun lepas.
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi membebaskan sepasang kekasih daripada pertuduhan mengedar dadah 1.2kg, selepas hakim mendapati tiada kes prima facie akibat kelemahan rantaian bukti dan jurang masa analisis.
- Kes melibatkan methamphetamine dan ketamin di Cheras pada 2021, dengan pertuduhan di bawah Seksyen 39B yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan jika sabit kesalahan.
- Bukti saintifik menimbulkan keraguan terhadap identiti dadah dan kaitan langsung tertuduh, menyebabkan mereka tidak dipanggil membela diri dan dilepaskan tanpa sabitan.
"Bukti saintifik yang dikemukakan menimbulkan keraguan munasabah terhadap identiti dan kesahihan bahan berbahaya tersebut serta hubung kaitnya secara langsung dengan kedua-dua tertuduh. Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan tanpa dipanggil membela diri," kata hakim itu.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, pasangan itu didakwa dengan niat bersama mengedar dadah berbahaya iaitu 647.1 gram methamphetamine dan 561.6 gram ketamin, di sebuah kondominium di Taman Desa Petaling, Cheras, pada 10.50 malam, 9 Nov 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zaileen Nadia Zubir manakala Tan dan Pattarathida diwakili peguam Sivahnanthan Ragava.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami