ANKARA: Turkiye akan melaksanakan pilihan raya penentu pada Ahad untuk memilih presiden selepas tiada calon yang memperoleh 50 peratus undi dalam pemilihan pusingan pertama 14 Mei lepas.
Undian bermula pada 8 pagi waktu tempatan (0500GMT) Ahad dan berakhir pukul 5 petang (1400GMT).
Lebih 60 juta pengundi berdaftar layak mengundi, termasuk 4.9 juta pengundi kali pertama dan sebanyak 191,885 peti undi disediakan, lapor Agensi Anadolu.
Menurut Majlis Pilihan Raya Turkiye, lebih 1.89 juta pengundi - sebanyak 1,895,430 telah mengundi di kedutaan dan pintu pemeriksaan kastam setakat 10 pagi waktu tempatan (0700GMT) pada Khamis.
Pengundian di misi diplomatik berakhir pada Rabu manakala pengundian di pintu pemeriksaan kastam berakhir 5 petang waktu tempatan (1400GMT) Ahad.
Pada pilihan raya 14 Mei, seramai 1,839,470 rakyat Turkiye di luar negara keluar mengundi.
Presiden Recep Tayyip Erdogan menyeru orang ramai keluar mengundi.
"Esok, mari kita pergi mengundi bersama-sama untuk "Kejayaan Besar Turkiye. Mari kita realisasikan hasrat yang telah dizahirkan di Parlimen pada 14 Mei untuk presiden memperoleh mandat lebih kukuh kali ini," kata Erdogan di Twitter pada Sabtu.
Berjuta-juta pengundi keluar mengundi pada 14 Mei untuk memilih presiden negara itu dan 600 Ahli Parlimen.
Pada pilihan raya pusingan pertama Erdogan mendahului dengan 49.52 peratus dan pada pusingan penentu beliau akan berdepan ketua pembangkang dari Parti Rakyat Republikan (CHP), Kemal Kilicdaroglu,
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023
Turkiye akan melaksanakan pilihan raya penentu pada Ahad untuk memilih presiden selepas tiada calon yang memperoleh 50 peratus undi dalam pemilihan pusingan pertama 14 Mei lepas. - Gambar fail/AP
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye pada Jumaat, kata Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).
Turkiye tahan 147 suspek Daesh dalam serbuan di seluruh negara
Seramai 147 suspek yang didakwa mempunyai kaitan dengan Daesh ditahan pihak berkuasa Turkiye dalam serbuan di 33 bandar dan wilayah di negara itu.
Rakyat Turkiye berterima kasih kepada PM Anwar bantu mangsa gempa bumi
Setahun sudah berlalu sejak kejadian gempa bumi menggegarkan Turkiye hingga meragut ribuan nyawa dan menyebabkan ramai hilang tempat tinggal dalam sekelip mata.
Turkiye kenakan denda AS$160,000 ke atas Meta
Turkiye memutuskan untuk mengenakan denda harian melebihi AS$160,000 ke atas Meta kerana gagal mematuhi kewajipan pertukaran data.
Turkiye kejutkan Jerman di Berlin
Turkiye melakar kejutan apabila menumpaskan tuan rumah rumah Euro 2024, Jerman 3-2 dalam perlawanan persahabatan di Berlin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mindef perkemas perjanjian G2G, pastikan perolehan aset ikut jadual - Adly
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.
Malaysia Airports catat lebih 11 juta pergerakan penumpang pada Ogos 2023
MAHB merekodkan lebih 11 juta pergerakan penumpang dalam rangkaian lapangan terbangnya di Malaysia dan Turkiye pada Ogos 2023.
Erdogan gesa bentuk perlembagaan baharu Turkiye yang lebih inklusif
Kejayaan perlembagaan yang diterima pakai oleh Turkiye bergantung kepada keterangkuman terhadap setiap parti politik dan sektor masyarakat.
Ankara keluar amaran gelombang haba
Perkhidmatan Meteorologi Turkiye (MGM) mengeluarkan amaran kepada penduduk di 49 wilayah di negara itu supaya berhati-hati ekoran suhu tinggi akibat gelombang haba yang tidak normal.