ANKARA: Usaha damai Turkiye dan Israel tidak akan mengurangkan sokongan Ankara terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan itu semasa lawatan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, pada Selasa.
Kata Erdogan, saudara Palestin juga menyatakan langkah-langkah tersebut akan menyumbang kepada penyelesaian kepada isu Palestin dan memperbaik keadaan rakyatnya.
Pemimpin Palestin itu tiba di Ankara seminggu selepas Turkiye dan Israel mengumumkan keputusan memulihkan hubungan diplomatik penuh serta melantik semula duta buat kali pertama sejak 2018.
Turkiye dan Israel pernah menjadi sekutu rapat serantau, tetapi hubungan itu tidak diteruskan di bawah Erdogan yang menjadi pengkritik lantang dasar Israel terhadap Palestin.
Israel, sebaliknya, telah membantah sokongan Turkiye terhadap kumpulan Hamas Palestin yang memerintah Semenanjung Gaza.
Kedua-dua negara menarik balik duta masing-masing pada 2010, selepas tentera Israel menyerbu kapal ke Gaza yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin.
Insiden itu mengakibatkan kematian sembilan aktivis Turkiye.
Berikutan percubaan untuk memperbaiki hubungan, Turkiye memanggil semula dutanya pada 2018 selepas Amerika Syarikat memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis.
Astro Awani
Wed Aug 24 2022
Erdogan (kanan) memberi jaminan itu semasa lawatan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, pada Selasa. -Reuters
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.
Serangan di Ankara: Pengganas guna kereta curi
Kementerian itu juga mengesahkan mengenai hubungan seorang penyerang yang maut dengan kumpulan pengganas PKK.
Serangan pengebom bunuh diri berhampiran bangunan KDN Turki
Satu letupan berlaku berhampiran bangunan Kementerian Dalam Negeri Turki di daerah Kizilay di tengah Ankara, lapor Sputnik memetik laporan CNN Turk pada Ahad.
Ankara keluar amaran gelombang haba
Perkhidmatan Meteorologi Turkiye (MGM) mengeluarkan amaran kepada penduduk di 49 wilayah di negara itu supaya berhati-hati ekoran suhu tinggi akibat gelombang haba yang tidak normal.
Lima maut dalam letupan kilang roket di Turkiye
Sekurang-kurangnya lima pekerja terbunuh dalam kejadian letupan membabitkan sebuah kilang roket dan bahan letupan di Ankara pada awal pagi Sabtu.
Siapa pun yang menang pilihan raya, Ankara tetap teruskan hubungan strategik dengan Moscow
Turkiye akan mengekalkan hubungan strategik dengan Rusia tanpa mengira keputusan pilihan raya presiden dan parlimen yang akan datang.
Gelar Erdogan 'tikus longkang', Turki panggil Duta Besar Jerman
Wakil Presiden Jerman, Bundestag Wolfgang Kubicki yang menggelar Presiden Tayyip Erdogan sebagai tikus longkang'.
Turkiye-Israel: Sokongan Ankara terhadap Palestin tidak berkurangan - Erdogan
Erdogan memberi jaminan itu semasa lawatan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, pada Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang.