awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye sedia untuk pemindahan lanjutan di Lubnan - Kementerian Pertahanan

Bernama
Bernama
11/10/2024
01:00 MYT
Turkiye sedia untuk pemindahan lanjutan di Lubnan - Kementerian Pertahanan
Warganegara Turkiye Lubnan, Mariam Darwish, menunggu sebelum menaiki kapal tentera laut Turkiye untuk meninggalkan Lubnan, di tengah-tengah ketegangan antara Hezbollah dan Israeli, di Beirut, Lubnan, 9 Okt 2024. - REUTERS
ISTANBUL: Kapal dan pesawat Turkiye bersedia untuk melaksanakan operasi tambahan membawa keluar warganya dari Lubnan jika diperlukan, lapor Agensi Anadolu yang memetik jurucakap Kementerian Pertahanan Turkiye pada Khamis.
"Perancangan kami adalah berdasarkan permintaan. Jika diperlukan, rancangan baharu untuk membawa keluar mereka akan diteruskan dengan penyelarasan bersama kementerian dan institusi awam lain," kata seorang pegawai semasa taklimat mingguan, merujuk kepada operasi berkenaan.
Menurut sumber diplomatik, kapal-kapal Turkiye telah membawa keluar 966 orang dari Lubnan, terdiri daripada 878 warganegara Turkiye, 24 warga Republik Turki Cyprus Utara (TRNC), dan 64 ahli keluarga terdekat mereka.
Bercakap mengenai kemungkinan penghijrahan akibat serangan Israel ke atas Lubnan, sumber kementerian berkata: "Setakat ini, tiada kumpulan besar yang datang ke sempadan kami," sambil mengakui bahawa beberapa warga Lubnan telah berhijrah akibat situasi kemanusiaan yang semakin merosot.
Serangan Israel ke atas Lubnan, yang bermula akhir bulan lepas telah menyebabkan lebih daripada 2,000 orang terbunuh dan 1.2 juta lagi kehilangan tempat tinggal, menurut pihak berkuasa Lubnan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Turki
#lubnan
#warga Lubnan berhijrah
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan