awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
Pentadbiran Trump gugurkan hampir 30 diplomat kanan dari jawatan duta
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri sampaikan ucapan Krismas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tweet palsu pertempuran perdaya askar, militan IS

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
15/06/2015
08:55 MYT
Tweet palsu pertempuran perdaya askar, militan IS
Ramai pula yang mengambil bahagian dengan menokok tambah cerita asal Mahmoud dan dalam masa yang singkat, berita itu menjadi trending di laman sosial. - Gambar Fail
Gara-gara kebosanan, seorang warga London berketurunan Iraq, Ahmad al-Mahmoud, yang juga pemilik akaun Twitter @IraqSurveys, bertindak mereka satu situasi yang kononnya menggambarkan pengunduran Islamic State (IS) dari sebuah bandar bernama Shichwa di Iraq.
Akaun Twitter itu mempunyai lebih 14,000 pengikut, justeru tidak hairanlah, ia dengan pantas menjadi satu berita besar.
Apa yang menariknya, ramai pula yang mengambil bahagian dengan menokok-tambah cerita asal Mahmoud dan dalam masa yang singkat, berita itu menjadi trending di laman sosial.
Tidak ramai yang sedar bandar Shichwa sebenarnya tidak wujud. Malah gambar yang kononnya memaparkan pertempuran yang membawa kepada pengunduran itu dibuat Mahmoud menggunakan teknik 'photoshop'.
Lebih menghairankan apabila ada juga pengikutnya yang mengeluarkan lakaran peta kedudukan bandar Shichwa, walaupun bandar itu hanya rekaan Mahmoud.
#ISIS driven out of fake #Iraqi city of #ButterChurn (#Shichwa) by fake Tweet from London armchair. #CNN duped. #1ab https://t.co/vogFl0AhUA
— Alcuin Bramerton (@AlcuinBramerton) June 10, 2015
Social media fall for a fake #Iraqi story about a fake Iraqi village. #Shichwa was even placed on a map. http://t.co/3QRO8mKZQf
— Elie Bassil (@ebassil) June 7, 2015
Militan anti-IS Syiah yang berjuang bersama tentera kerajaan Iraq, mula bermegah dengan kejayaan pertempuran itu. Tidak lama kemudian penyokong IS memberitahu akan membalas dendam, dan penduduk Arab Saudi mula risau dengan keselamatan mereka..
Dalam wawancara dengan BBC, Mahmoud memberitahu dia tidak berniat untuk membuat kecoh. Sebaliknya kata Mahmoud, nama bandar Shichwa, yang membawa maksud pundi keju, sepatutnya sudah boleh menjadi indikasi bahawa cerita itu hanya rekaan.
"Orang Arab sepatutnya lebih tahu apa maksud Shichwa," kata Mahmoud.
Mahmoud menarik balik status itu di Twitter dua hari selepas itu.
Topic Berkaitan
#Islamic State
#Mahmoud
#militan
#Tiwtter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan