awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Twitter ancam saman Meta susulan pelancaran Threads

Agensi
Agensi
07/07/2023
00:30 MYT
Twitter ancam saman Meta susulan pelancaran Threads
Twitter mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Meta Platforms susulan pelancaran aplikasi Threads.
TWITTER mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Meta Platforms susulan pelancaran aplikasi Threads.
Portal berita Semafor menyebut, surat saman tersebut dihantar oleh peguam lantikan Twitter, Alex Spiro kepada Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg.
Dalam suratnya, Spiro mendakwa, Meta telah mengupah bekas kakitangan Twitter yang memiliki akses kepada rahsia perniagaan aplikasi media sosial itu.
Menurut Spiro, sekiranya Twitter mahu menguatkuasakan hak harta inteleknya dengan ketat, ia juga berhak menuntut agar Meta mengambil langkah segera untuk berhenti menggunakan apa-apa rahsia perniagaan Twitter atau maklumat rahsia operasi.
Bagaimanapun, jurucakap Meta, Andy Stone menegaskan, tiada mana-mana kakitangan kejuruteraan Meta yang pernah bekerja di twitter, sekali gus menafikan dakwaan yang dibuat oleh Spiro.
Sementara itu, pemilik Twitter, Elon Musk berkata: "Persaingan adalah baik, namun bukan peniruan," sebagai respons terhadap isu hak cipta kedua-dua platform tersebut.
Aplikasi Threads yang dilancarkan Meta pada Rabu lalu sehingga kini telah berjaya menarik perhatian lebih 30 juta pengguna sekali gus memperlihatkan ancaman kepada Twitter.
Meta yang diasaskan oleh Zuckerberg juga memiliki platfrom popular Instagram dan Facebook. - Agensi
Topic Berkaitan
#Twitter
#Twitter ancam saman Meta
#aplikasi Threads
#Elon Musk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan