awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid

Faida Rahim
Faida Rahim
23/12/2025
09:15 MYT
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Pemasangan pusat pengecas EV perlu dilakukan di lokasi strategik dan dirancang dengan teliti supaya benar-benar digunakan oleh pengguna, bukan sekadar untuk tujuan kosmetik. - Gambar hiasan/Adobe Stock
KUALA LUMPUR: Pemasangan pusat pengecas kenderaan elektrik (EV) perlu dilakukan di lokasi strategik dan dirancang dengan teliti supaya benar-benar digunakan oleh pengguna, bukan sekadar untuk tujuan kosmetik.

Ringkasan AI
  • Pemasangan pusat pengecas kenderaan elektrik (EV) perlu dilakukan secara strategik dan teliti agar benar-benar dimanfaatkan oleh pengguna, bukannya sekadar untuk tujuan kosmetik.
  • Penganalisis Industri Automotif, Hezeri Samsuri menekankan pentingnya rancangan strategik dalam penempatan jenis dan lokasi pusat pengecas EV untuk memastikan penggunaannya yang efektif.
  • Masalah sambungan grid nasional menjadi cabaran utama dalam pemasangan pusat pengecas EV, dengan kekangan kos tinggi yang perlu diselesaikan oleh kerajaan bagi membolehkan pertumbuhan industri EV yang lebih efisien.

Penganalisis industri automotif, Hezeri Samsuri berkata, jenis dan lokasi pengecas juga perlu dirancang secara strategik agar benar-benar dimanfaatkan pengguna EV.
“Kita perlu akur bahawa pemasangan pusat pengecas EV tidak boleh dilakukan secara sembarangan. Lokasi dan jenis pengecas memerlukan perancangan strategik supaya ia bukan sekadar untuk tujuan optik, tetapi benar-benar digunakan oleh pengguna EV,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Niaga AWANI pada Selasa.
Pengecas EV Malaysia masih jauh dari sasaran
Dalam pada itu, Hezeri turut menggesa kerajaan mencari penyelesaian terhadap masalah sambungan grid nasional yang menjadi kekangan utama dalam pemasangan pusat pengecas EV.
Beliau berkata, walaupun pihak berkuasa tempatan (PBT) kini semakin memahami kepentingan penyediaan kemudahan pengecas EV dan berlumba-lumba menambah pemasangan di kawasan masing-masing, isu sambungan grid masih menjadi cabaran besar.
“Daripada apa yang kami fahami, masalah utama adalah sambungan grid selain kekangan daripada pihak PBT. Bagaimanapun, kebanyakan PBT kini sedar tentang kepentingan penyelesaian ini dan berusaha menambah lebih banyak pemasangan di kawasan mereka.
“Namun, kekangan terbesar masih pada sambungan ke grid memerlukan kos sangat tinggi, bukan sahaja kepada pengendali pusat pengecas tetapi juga kepada PBT. Modal yang diperlukan terlalu besar dan saya rasa kerajaan perlu memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.
Hezeri turut menjangkakan harga EV akan meningkat selepas pengecualian duti import dan eksais bagi model import sepenuhnya (CBU) tamat pada 1 Januari tahun depan.
Tambahnya lagi, perubahan ini dijangka memberi kesan kepada strategi promosi pengeluar dan permintaan pengguna, termasuk kemungkinan berlaku pembelian awal sebelum tarikh tamat insentif.

Topic Berkaitan
#pbt
#EV
#pengecas kenderaan elektrik
#Hezeri Samsuri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan