awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2025
09:04 MYT
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
Ketibaan pelancong asing ke Thailand menurun 7.25 peratus pada tahun 2025 berbanding tahun sebelumnya, dengan Malaysia menyumbang terbanyak sebanyak 4.38 juta pelawat, diikuti oleh China. -Gambar fail/Reuters
BANGKOK: Ketibaan pelancong asing ke Thailand bagi tempoh 1 Jan hingga 21 Dis 2025 menurun 7.25 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut Kementerian Pelancongan dan Sukan negara itu.

Ringkasan AI
  • Ketibaan pelancong asing ke Thailand menurun 7.25 peratus pada tahun 2025 berbanding tahun sebelumnya, dengan Malaysia menyumbang terbanyak sebanyak 4.38 juta pelawat, diikuti oleh China.
  • Bank of Thailand mengekalkan unjuran ketibaan pelancong asing pada 33 juta orang bagi tahun ini, walaupun sedikit lebih rendah berbanding sebelum pandemik COVID-19.
  • Penurunan ini dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi global, kadar pertukaran mata wang, dan persaingan destinasi serantau, namun kehadiran kukuh pelancong dari Malaysia dan China memberikan petanda positif terhadap pemulihan sektor pelancongan Thailand.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Dalam kenyataan pada Selasa, kementerian memaklumkan sebanyak 31.76 juta pelancong asing telah melawat Thailand sepanjang tempoh tersebut.
Malaysia kekal sebagai penyumbang terbesar dengan 4.38 juta pelawat, diikuti rapat oleh China dengan 4.36 juta pelawat.
Meskipun berlaku penurunan, Bank of Thailand (BoT) mengekalkan unjuran ketibaan pelancong asing bagi tahun ini pada paras 33 juta orang, sedikit rendah berbanding rekod hampir 40 juta pelawat pada 2019 sebelum pandemik COVID-19.
Penganalisis industri pelancongan menyifatkan penurunan ini sebagai kesan berterusan daripada ketidaktentuan ekonomi global, kadar pertukaran mata wang serta persaingan destinasi serantau lain.
Namun, kehadiran kukuh pelancong dari Malaysia dan China dilihat sebagai petanda positif terhadap pemulihan sektor pelancongan Thailand.
Thailand terus mempergiat usaha promosi termasuk memperluas kempen visa percuma dan memperkukuh kerjasama dua hala dengan negara jiran seperti Malaysia bagi merancakkan semula industri pelancongan yang menjadi antara penyumbang utama ekonomi negara itu.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah jumlah penurunan ketibaan pelancong asing ke Thailand pada tempoh 1 Jan hingga 21 Dis 2025 berbanding tahun sebelumnya? A: Jumlah penurunan ketibaan pelancong asing ke Thailand pada tempoh tersebut ialah sebanyak 7.25 peratus berbanding tahun sebelumnya.
  • Q: Negara manakah yang menyumbang jumlah pelancong terbesar ke Thailand pada tempoh tersebut? A: Malaysia kekal sebagai penyumbang terbesar dengan 4.38 juta pelawat, diikuti rapat oleh China dengan 4.36 juta pelawat.
  • Q: Apakah faktor-faktor yang menyebabkan penurunan ketibaan pelancong asing ke Thailand? A: Penurunan ketibaan pelancong asing ke Thailand disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi global, kadar pertukaran mata wang, serta persaingan destinasi serantau lain.
  • Q: Apakah unjuran ketibaan pelancong asing yang dikekalkan oleh Bank of Thailand bagi tahun ini? A: Bank of Thailand (BoT) mengekalkan unjuran ketibaan pelancong asing bagi tahun ini pada paras 33 juta orang, sedikit rendah berbanding rekod hampir 40 juta pelawat pada 2019 sebelum pandemik COVID-19.
  • Q: Bagaimanakah Thailand merancakkan semula industri pelancongan mereka? A: Thailand terus mempergiat usaha promosi termasuk memperluas kempen visa percuma dan memperkukuh kerjasama dua hala dengan negara jiran seperti Malaysia bagi merancakkan semula industri pelancongan mereka.

Topic Berkaitan
#Thailand
#Malaysia
#sektor pelancongan
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan