LOS ANGELES: Gabungan penerbit muzik termasuk Universal Music Publishing Group, Warner Chappell Music dan Sony Music Publishing menyaman Twitter berhubung "pelanggaran hak cipta besar-besaran" yang melibatkan katalog muzik syarikat masing-masing, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Tujuh belas penerbit muzik yang memegang hak muzik daripada artis termasuk Drake, Taylor Swift dan Adele, memfailkan tuntutan mahkamah bersama di mahkamah persekutuan Tennessee. Mereka menuntut lebih daripada US$250 juta sebagai ganti rugi.
Mereka ialah ABKCO Music, Anthem Entertainment, Big Machine Music, BMG Rights Management, Concord, Hipgnosis, Kobalt, Mayimba, Peer, Reservoir Media Management, Sony Music Publishing, Spirit Music Group, the Royalty Network, Ultra Music Publishing, Universal Music Group Publishing, Warner Chappell dan Wixen.
X Corp milik Elon Musk yang memiliki Twitter merupakan defendan tunggal.
"Twitter berdiri sendiri sebagai platform media sosial terbesar yang enggan melesenkan jutaan lagu untuk perkhidmatannya.
"Twitter mengetahui sepenuhnya bahawa muzik itu dibocorkan, dilancarkan dan distrim oleh berbilion-bilion orang setiap hari di platformnya. Ia tidak lagi boleh berselindung di sebalik (Akta Hak Cipta Milenium Digital) dan enggan membayar penulis lagu dan penerbit muzik," kata ketua eksekutif Persatuan Penerbit Muzik Kebangsaan David Israelite dalam satu kenyataan.
Sebagai reaksi kepada soalan mengenai tuntutan mahkamah itu, jabatan media Twitter memberikan emoji "najis" (poop) pada ruangan 'auto-reply'.
Menurut The New York Times, Twitter baru-baru ini mempertimbangkan melesenkan muzik daripada tiga label utama, namun rundingan itu gagal selepas Musk mengambil alih syarikat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023

Twitter baru-baru ini mempertimbangkan melesenkan muzik daripada tiga label utama, namun rundingan itu gagal selepas Musk mengambil alih syarikat itu. - Gambar hiasan

Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu
Mohamad berkata, walaupun parti tersebut menonjolkan seorang pahlawan bangsa dengan rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang namun mereka tetap tewas.

Iran, Arab Saudi ambil pendekatan pertama tingkatkan hubungan pertahanan
Selepas sembilan bulan Iran dan Arab Saudi memulihkan hubungan diplomatik, pegawai kanan pertahanan kedua-dua negara mula membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan.
Pas intai jawatan ketua pembangkang, Bersatu patut risau - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata beberapa keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan perkara berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN).
AWANI Ringkas: Pembedahan prostat bukan kanser prostat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bantuan rumah sewa mangsa banjir termenung akan diselesaikan - MB Kelantan
Kerajaan negeri akan menyelesaikan pemberian subsidi rumah sewa kepada 58 keluarga mangsa banjir termenung yang terkesan akibat Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Mangsa banjir terjejas di Kelantan terus meningkat
Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 11 pagi Isnin mencatatkan peningkatan kepada 4,641 mangsa.
[TERKINI] Lebih 100 kes penyakit berjangkit direkod di PPS di Kelantan
102 kes penyakit berjangkit dikesan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kota Bharu sehingga Ahad.
Ahmad Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser
Saya sendiri pun tak tahu akan melakukan perkara tersebut (meletakkan jawatan).Semua orang lelaki ada prostat ada sama ada besar atau kecil. Tapi janganlah buat spekulasi yang macam-macam.
Alhamdulillah saya sihat atas doa semua termasuk orang yang mendoakan saya melakukan perkara yang tidak pernah fikirkan.
Alhamdulillah saya sihat atas doa semua termasuk orang yang mendoakan saya melakukan perkara yang tidak pernah fikirkan.

Hujan lebat berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang 6 hingga 8 Disember
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang pada 6 hingga 8 Dis ini.

Tentera Israel tembak dua ambulans di Semenanjung Gaza
Kejadian itu berlaku di kawasan Faluja di utara Gaza, dengan dua paramedik persatuan itu dan seorang lagi cedera.

Grok boleh diguna pelanggan X Premium+ bermula minggu hadapan
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Grok adalah perkhidmatan AI generatif khusus untuk pelanggan X Premium yang membayar RM70 sebulan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

X haramkan slogan pro-Palestin
Aktivis pro-Palestin mengkritik tindakan Musk dan menuduhnya mengehadkan kebebasan bersuara.

Percubaan kedua SpaceX Starship gagal
Roket baharu SpaceX Starship yang dilancarkan pada Sabtu berakhir dengan kegagalan apabila berlaku letupan beberapa minit selepas pelancaran.

Ujian kedua sistem roket Starship mungkin pada 17 Nov - Elon Musk
Pengasas SpaceX Elon Musk berkata ujian kedua sistem roket Starship mungkin akan dijalankan pada 17 Nov.

X akan mula jual akaun tidak aktif
Emel sudah mula dihantar kepada pihak yang mungkin berminat dengan bayaran $50,000 dikenakan untuk membeli akaun tertentu.

Chatbot xAI dinamakan Grok, ada kelebihan akses info masa-nyata
Antara kelebihan Grok berbanding pesaing lain dalam arena sama adalah Grok mempunyai akses kepada info masa-nyata melalui perkongsian dan data melalui platform X.

Israel ikrar halang usaha Elon Musk bantu Gaza
Israel berikar menghalang niat Elon Musk yang mahu menyediakan akses internet kepada agensi bantuan antarabangsa selepas rangkaian telekomunikasi di Genting Gaza lumpuh sepenuhnya pada Jumaat.

Starlink milik Elon Musk mahu sokong akses internet di Gaza
Ia akan menyokong akses internet untuk agensi bantuan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa selepas rangkaian telekomunikasi di Genting Gaza lumpuh sepenuhnya.

Elon Musk pertimbang bawa keluar X dari Eropah - Laporan
Pemilik X dilaporkan kurang senang dengan tindakan EU kenakan peraturan baharu yang dikenakan bagi platform internet di rantau tersebut.