ANKARA: Di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif baharu Elon Musk, Twitter membubarkan Majlis Amanah dan Keselamatannya lewat Isnin, Agensi Anadolu memetik laporan media.
Ahli badan itu dimaklumkan dalam e-mel bahawa majlis itu bukan lagi "struktur terbaik" untuk membawa idea luaran dalam pembangunan produk dan dasar kerja Twitter, lapor Washington Post.
E-mel ini diterima sejurus sebelum ahli majlis dijadual mengadakan pertemuan video dengan wakil Twitter untuk membincangkan perkembangan terkini, kata laporan itu, memetik sumber yang biasa dengan isu berkenaan dan tidak mahu namanya disiarkan.
"Kami berterima kasih atas penglibatan, nasihat dan kerjasama anda dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan mendoakan kejayaan anda pada masa hadapan," menurut e-mel itu.
Menurut seorang ahli majlis yang tidak mahu namanya disebut, langkah itu sama seperti membuang "memori institusi bertahun-tahun yang telah kami bawa dalam majlis" kepada syarikat itu.
Twitter membentuk kumpulan penasihat pada 2016 untuk menjadikan platform itu lebih selamat dan menangani ucapan kebencian, eksploitasi kanak-kanak, bunuh diri, cederakan diri dan masalah lain.
Ia terdiri daripada kira-kira 100 ahli sivil bebas, hak asasi manusia, dan organisasi lain.
Pemilikan Twitter oleh Musk, yang kini memasuki bulan pertamanya, mencetuskan keadaan kucar-kacil meluas dalam syarikat itu susulan tindakannya yang mahu menjadikan platform media sosial itu entiti yang menguntungkan melalui pemberhentian besar-besaran pekerja serta memperkenal dasar yang ditentang secara meluas di peringkat dalaman. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022

Di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif baharu Elon Musk, Twitter membubarkan Majlis Amanah dan Keselamatannya lewat Isnin. - Gambar BERNAMA

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Ramadan: Segelintir individu ambil kesempatan mengemis, minta sedekah
Tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan mengemis dan meminta sedekah.

Sukan SEA: Laluan lebih landai bukan jaminan skuad berbasikal lebuh raya raih emas
Laluan lebih landai bagi acara berbasikal lebuh raya di Sukan SEA, bukan jaminan buat skuad berbasikal negara mudah meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu yang akan berlangsung Mei ini.

Liga Super: Safee kecewa penyerang tempatan kurang bermain
Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali hampa apabila penyerang tempatan kurang mendapat minit permainan dalam saingan Liga Super 2023 setakat ini.

Shahmalarani tekad pertahan emas di Kemboja
Pingat perak yang diraih di SEAKF ke-10 tidak melunturkan semangat C. Shahmalarani untuk mempertahankan pingat emas dimenanginya di Sukan SEA, Kemboja pada Mei ini.

Ujian tekanan buktikan institusi kewangan berdaya tahan walaupun di bawah simulasi kejutan teruk
BNM berkata keputusan ujian tekanan terus mengesahkan daya tahan institusi kewangan walaupun di bawah simulasi kejutan yang teruk.

CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak
Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan outlet Ar Rahnunya yang pertama di KL Traders Square, Kuala Lumpur.

Wanita Malaysia jana lebih RM176 juta pada 2022 sebagai hos - Airbnb
Airbnb berkata wanita Malaysia secara kolektif memperoleh lebih RM176 juta pada 2022 dengan membenarkan hartanah mereka dibuka kepada tetamu sebagai rumah inap dan merasai pengalaman jangka pendek.

WHO cadang masuk ubat obesiti sebagai ubatan penting
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan ubat obesiti dimasukkan dalam senarai ubat-ubatan penting yang bakal digunakan sebagai panduan pembelian bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana.

PBB laksana undian bawa isu iklim ke mahkamah dunia
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan proses undian bagi menentukan keputusan untuk membawa isu perubahan iklim ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menentukan kewajipan yang seharusnya dilaksanakan oleh setiap negara dalam memerangi perubahan iklim.

Hampir separuh pelanggan Twitter Blue dikatakan mempunyai kurang 1,000 pengikut
Lebih 70,000 pelanggan Twitter Blue mempunyai kurang 100 pengikut pada akaun mereka.

Kod sumber Twitter bocor, dikongsi dalam talian selama beberapa bulan
Sumber memberitahu akhbar itu bahawa individu yang bertanggungjawab terhadap kebocoran kod itu telah meninggalkan Twitter tahun lepas.

Foto Lady Gaga sebagai Harley Quinn buat peminat tak senang duduk!
Foto penyanyi terkenal Lady Gaga membawa watak sebagai Harley Quinn dalam filem sekuel Joker, Folie Deux kini beredar di media sosial.

Tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia - Elon Musk
Sistem pengesahan tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia, kata pemilik syarikat Elon Musk pada Khamis.

Mahkamah Peru jatuhkan hukuman penjara 3 tahun terhadap bekas Presiden Castillo
Mahkamah Agung Peru pada Khamis meluluskan permohonan pendakwa raya untuk menahan bekas Presiden Pedro Castillo selama tiga tahun dengan sabitan kes jenayah terancang.

Perlekeh pertanyaan pekerja Twitter yang dipecat, Elon Musk akhirnya mohon maaf
-Saya ingin memohon maaf kepada Halli atas salah faham saya tentang situasinya."

'Adakah saya dipecat?' - Kakitangan Twitter rayu jawapan Elon Musk
Seorang kakitangan Twitter dilaporkan merayu hartawan, Elon Musk yang merupakan pemilik syarikat itu mengenai statusnya sebagai pekerja.

Twitter lancar dasar terhadap 'ucapan ganas'
Twitter pada Selasa mengumumkan bahawa ia melancarkan dasar terhadap "Ucapan Keganasan", lapor Agensi Anadolu.

Twitter tamatkan perkhidmatan 50 lagi pekerja
Penamatan perkhidmatan itu dilaporkan menjejaskan beberapa pasukan kejuruteraan, termasuk mereka yang terlibat dalam pengiklanan.

Twitter alami gangguan teknikal
Walaupun tweet yang dimuat naik sebelum ini masih kelihatan, pengguna berdepan dengan mesej "anda telah melebihi had harian untuk menghantar tweet".