awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UAE antara destinasi pelancongan terkemuka, kata Mastercard

Bernama
Bernama
01/07/2024
21:00 MYT
UAE antara destinasi pelancongan terkemuka, kata Mastercard
UAE menduduki tempat kesembilan antara destinasi yang paling sohor kini di dunia sepanjang 12 bulan lepas. - Foto fail
DUBAI: Walaupun kadar pertukaran wang asing tidak menentu dan tahap kemampuan berbeza-beza, keinginan untuk melancong tetap lebih kuat daripada sebelumnya dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menduduki tempat kesembilan antara destinasi yang paling sohor kini di dunia sepanjang 12 bulan lepas.
Institut Ekonomi Mastercard telah mengetengahkan perubahan besar industri pelancongan dalam laporan Travel Trends 2024 terbaharunya, menunjukkan peningkatan ketara dalam perbelanjaan pelancongan dan pertumbuhan kukuh dalam trafik pengembara.
Menurut Agensi Berita Emiriah (WAM), laporan global ini menyediakan pandangan menyeluruh mengenai landskap yang berkembang dalam industri pelancongan merentasi pelbagai pasaran.
Bagi pelancong UAE, tiga destinasi paling sohor kini pada musim panas ini adalah London, Athens, dan Paris.
Secara global, Jepun menduduki tempat teratas dalam senarai destinasi sohor kini sepanjang tahun lepas, dengan Munich menduduki tempat teratas untuk musim panas ini (Jun-Ogos 2024) berikutan Kejohanan Eropah.
Ketua Ahli Ekonomi EEMEA di Institut Ekonomi Mastercard, Natalia Lechmanova berkata: "Sektor pelancongan di Timur Tengah sangat kuat dan berdaya tahan, disokong oleh permintaan pengguna dan keinginan untuk meneroka destinasi yang lebih dekat sambil menikmati pengalaman yang mengesankan dan tulen.
"Adalah menggembirakan untuk melihat pelancong melanjutkan tempoh penginapan mereka, yang sangat positif untuk industri pelancongan secara keseluruhan, serta untuk kerajaan tempatan yang membina ekonomi yang pelbagai," kata Lechmanova.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UAE
#Destinasi pelancongan
#Mastercard
#Travel Trends 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan