awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UAE sahkan tiga lagi kes baharu cacar monyet

Bernama
Bernama
24/07/2022
15:48 MYT
UAE sahkan tiga lagi kes baharu cacar monyet
Peningkatan kes cacar monyet di seluruh dunia direkodkan pada Mei, dan UAE mencatatkan kes pertama virus cacar monyet pada 24 Mei.
ISTANBUL: Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad mengesahkan tiga lagi kes membabitkan jangkitan wabak cacar monyet, menjadikan angka keseluruhan sebanyak 16 setakat ini.
Kementerian Kesihatan UAE dalam satu kenyataan memaklumkan masyarakat dinasihati mematuhi langkah pencegahan dan berhati-hati ketika melancong atau menghadiri sebarang perhimpunan.
Pihak berkuasa kesihatan sedang mengambil semua langkah perlu termasuk "menjalankan siasatan, pemeriksaan terhadap kontak rapat dan tindakan susulan," serta menggesa orang ramai mendapatkan maklumat dari sumber rasmi selain mengelak daripada menyebarkan khabar angin, lapor Agensi Anadolu.
Peningkatan kes di seluruh dunia direkodkan pada Mei, dan UAE mencatatkan kes pertama virus cacar monyet pada 24 Mei.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global, iaitu tahap amaran tertinggi bagi sesuatu penyakit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#UAE
#Kes Pertama
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan