JAKARTA:Polis Indonesia menahan seorang pelajar warganegara itu, yang dipercayai terbabit dalam pembikinan video lagu Indonesia Raya, yang diubah suai liriknya dan menghina negara berkenaan.
Menurut Ketua Agensi Siasatan Jenayah Polis Indonesia Listyo Sigit Prabowo seperti dipetik media tempatan menyatakan, suspek ditahan 8 malam tadi di sebuah rumah, di Cianjur, Jawa Barat.
"Polis menahan suspek lelaki, berinitial 'MDF', dan menyita satu telefon bimbit, satu SIM card dan set komputer," katanya.
Setakat ini polis belum mendedahkan identiti lengkap suspek berkenaan. (seperti umur, asal, dan belajar di mana).
Penangkapan itu adalah hasil kerjasama siasatan kes berkenaan melibatkan Polis Indonesia dan Polis Diraja Malaysia.
Sebelum ini sebuah video telah dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab di ruang komen di laman Youtube My Asean, yang memaparkan lagu kebangsaan Indonesia disunting liriknya yang menghina negara Indonesia.
Video di Youtube berkenaan telah dipadamkan, namun video itu dimuat naik ke pelbagai aplikasi lain dan ditularkan, sehingga menimbulkan pelbagai komen kebencian dan kemarahan.
Semalam, Bernama melaporkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata suspek video berkenaan dilakukan oleh warga republik negara berkenaan, dan bukan dilakukan di Malaysia.
Beliau berkata maklumat itu diperoleh hasil soal siasat terhadap seorang buruh warga Indonesia berusia lingkungan 40-an, yang ditahan di Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 01 2021
Setakat ini polis belum mendedahkan identiti lengkap suspek berkenaan. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.