Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu meluluskan penggunaan ubat terapi gen yang digunakan untuk merawat penyakit jarang berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Ubat dikenali sebagai Zolgensma dikeluarkan syarikat farmaseutikal Switzerland, Novartis.
Ia berharga AS$2.1 juta (RM8.8 juta) menjadikannya ubat termahal di dunia.
Novartis berkata, Zolgensma digunakan untuk merawat penyakit atrofi otot tulang belakang (SMA), penyakit yang wujud dalam satu daripada 10,000 kelahiran dan 90 peratus kes menyebabkan kematian pesakit pada usia dua tahun.
Pengumuman itu dibuat ketika pentadbiran Presiden Donald Trump berikrar menghapuskan peningkatan harga mendadak ubat-ubatan.
Novartis mempertahankan harga tersebut, berkata terapi gen adalah bentuk rawatan canggih terbaru dan 50 peratus lebih murah berbanding rawatan sedia ada.
“Zolgensma adalah kemajuan terhebat untuk rawatan SMA dan kejayaan bersejarah terapi gen,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Novartis, Vas Narasimhan dalam satu kenyataan, menambah syarikat sudah bekerjasama dengan kerajaan dan pembekal insurans untuk pembayaran rawatan.
Kos rawatan berjumlah AS$2.125 juta (RM8.9 juta) boleh dibuat secara ansuran selama lima tahun, iaitu sebanyak AS$425,000 (RM1.7 juta) setahun.
Setiap pesakit SMA hanya memerlukan satu suntikan Zolgensma bagi menghentikan perkembangan penyakit tersebut.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) berkata ubat itu terbukti selamat dalam ujian klinikal melibatkan 36 pesakit berumur antara dua minggu hingga lapan bulan.
Kesan sampingan paling buruk Zolgensma adalah peningkatan enzim hati dan muntah-muntah, kata FDA.
Agensi
Sat May 25 2019
Zolgensma keluaran syarikat farmaseutikal Switzerland, Novatris berharga AS$2.1 juta menjadikannya ubat termahal di dunia.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Ubat termahal di dunia mampu merawat penyakit di kalangan kanak-kanak
Setiap pesakit SMA hanya memerlukan satu suntikan Zolgensma bagi menghentikan perkembangan penyakit tersebut.