awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun

Agensi
Agensi
25/12/2025
23:30 MYT
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
John Robertson – yang pernah digelar pengurus legenda Brian Clough sebagai “Picasso dalam dunia bola sepak” – meninggal dunia pada usia 72 tahun pada Khamis.
LONDON: Bekas pemain sayap Scotland, Nottingham Forest dan Derby County, John Robertson – yang pernah digelar pengurus legenda Brian Clough sebagai “Picasso dalam dunia bola sepak” – meninggal dunia pada usia 72 tahun pada Khamis.
Robertson mencipta sejarah apabila menjaringkan gol tunggal yang membantu Nottingham Forest mengekalkan trofi Piala Eropah dengan menewaskan Hamburg pada 1980, selepas menjadi penyumbang umpanan gol kemenangan Trevor Francis pada musim sebelumnya menentang Malmo.
Bersama skuad kebangsaan Scotland, beliau menjaringkan gol kemenangan menentang England pada 1981 dan meledak satu gol ketika aksi Piala Dunia 1982 menentang New Zealand.
Sepanjang karier antarabangsa, Robertson meraih 28 kaps sebelum beralih kepada kerjaya kejurulatihan sebagai penolong pengurus kepada rakan sepasukan lamanya, Martin O’Neill, di beberapa kelab termasuk Leicester City, Celtic dan Aston Villa.
Dilahirkan di Viewpark, North Lanarkshire, Robertson memulakan karier bersama Drumchapel Amateurs sebelum menyertai Nottingham Forest pada 1970.
Beliau hampir dilepaskan sebelum kedatangan Clough pada 1975, namun kemudian menjadi tonggak utama dengan rekod 243 penampilan berturut-turut antara Disember 1976 hingga Disember 1980.
Antara pencapaian gemilangnya termasuk menjaringkan gol kemenangan melalui sepakan penalti dalam aksi ulangan final Piala Liga 1978 menentang Liverpool.
Robertson turut membantu Forest meraih kejuaraan Divisyen Pertama dan Kedua, Piala Super UEFA, dua Piala Liga, Perisai Amal FA 1978 dan Piala Anglo-Scotland.
Selepas bersara, Robertson menjadi penolong pengurus kepada O’Neill, membantu Wycombe Wanderers dan Leicester City meraih promosi serta memenangi Piala Liga. Di Celtic, beliau menikmati era kejayaan dengan tiga kejuaraan Liga Perdana Scotland, tiga Piala Scotland, satu Piala Liga dan mara ke final Piala UEFA.
Musim terakhirnya sebagai jurulatih bersama Aston Villa pada 2010 menyaksikan kelab itu muncul naib juara Piala Liga.
Robertson kekal sebagai legenda Nottingham Forest, malah pada 2015 beliau menduduki tangga teratas undian pemain kegemaran sepanjang zaman oleh akhbar Nottingham Post. - Agensi
Topic Berkaitan
#John Robertson
#Picasso bola sepak
#meninggal dunia
#legenda bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan