DUNIA
Ucapan PM Singapura terhenti selepas mengalami masalah kesihatan

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura, pasukan perubatan kini sedang merawat Lee.
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong tiba-tiba mengalami masalah kesihatan ketika berucap pada Perhimpunan Hari Kebangsaan republik itu, namun keadaannya dilaporkan tidak serius.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura, pasukan perubatan kini sedang merawat Lee.
"Lee jatuh sakit ketika sedang berucap. Pasukan perubatan sedang merawatnya sekarang. Mereka mendapati keadaannya tidak serius," kata PMO dalam satu kenyataan menerusi akaun Twitter Lee.
Perhimpunan Hari Kebangsaan itu juga terpaksa dihentikan buat sementara.
"Jantungnya sihat dan beliau bukan mengalami strok," kata kenyataan itu lagi.
Lee juga akan menyambung ucapannya pada jam 10.40 malam ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami