Skip to main content

Dunia

UEFA pertimbang tindakan undang-undang terhadap FIFA

Soccer Football - Europa League - Round of 16 draw - Nyon, Switzerland - February 28, 2020. General view of the UEFA logo at UEFA Headquarters before the draw REUTERS/Denis Balibouse/File Photo
UEFA memaklumkan bahawa badan itu sedang meneliti pelbagai pilihan termasuk tindakan mahkamah, timbang tara serta aduan kepada pihak kawal selia berkaitan. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

NYON: Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengumumkan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan kontroversi cadangan pelan pelaburan swasta bernilai berbilion dolar yang mencetuskan bantahan meluas dalam dunia bola sepak.

Menerusi surat rasmi yang dihantar kepada Presiden FIFA, Gianni Infantino, UEFA memaklumkan bahawa badan itu sedang meneliti pelbagai pilihan termasuk tindakan mahkamah, timbang tara serta aduan kepada pihak kawal selia berkaitan.

Surat berkenaan turut meminta FIFA memastikan semua dokumen berkaitan cadangan tersebut dipelihara dan tidak dimusnahkan bagi tujuan sebarang prosiding undang-undang pada masa depan.

Perkembangan itu berlaku selepas FIFA membatalkan cadangan penubuhan entiti baharu dikenali sebagai FIFA Forward Enterprise (FFE), yang bertujuan membuka pemilikan pegangan dalam aset komersial berkaitan Piala Dunia kepada pelabur swasta.

Cadangan bernilai AS$20 bilion itu ditarik balik oleh Infantino selepas menerima tentangan meluas daripada pelbagai pihak berkepentingan dalam bola sepak global.

Walaupun cadangan itu telah dibatalkan, UEFA berkata pihaknya kehilangan keyakinan terhadap kepimpinan tertinggi FIFA dan mahu pihak yang terlibat dipertanggungjawabkan berhubung perancangan tersebut.

Sebelum ini, beberapa badan bola sepak serantau termasuk Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan CONCACAF turut mengkritik cadangan berkenaan yang didakwa dibangunkan tanpa rundingan menyeluruh dengan semua pihak berkepentingan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement