Skip to main content

Malaysia

Pengecualian nikotin cecair: Ketagihan nikotin perlu ditangani melalui pemulihan, bukan hukuman- Pakar

Kebimbangan terhadap peningkatan penggunaan dadah sintetik itu menjadi antara alasan sesetengah pihak berpandangan nikotin cecair wajar dikekalkan dalam senarai racun. - Gambar hiasan
Kebimbangan terhadap peningkatan penggunaan dadah sintetik itu menjadi antara alasan sesetengah pihak berpandangan nikotin cecair wajar dikekalkan dalam senarai racun. - Gambar hiasan

Ringkasan AI

  • Lembaga Racun meluluskan cadangan Menteri Kesihatan untuk mengecualikan nikotin cecair daripada senarai racun.
  • Pakar kriminologi UM mencadangkan pendekatan penyahjenayahan dengan fokus kepada rawatan dan pemulihan ketagihan, bukan hukuman jenayah semata-mata.
  • Terdapat kebimbangan pengecualian nikotin cecair boleh meningkatkan penyalahgunaan vape sebagai medium pengambilan dadah sintetik.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Cadangan mengecualikan nikotin cecair daripada senarai racun perlu dilihat daripada sudut penyahjenayahan (decriminalisation) yang memberi penekanan kepada rawatan dan pemulihan ketagihan, berbanding hukuman jenayah semata-mata.

Pakar kriminologi dan Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Dr Haezreena Begum Abdul Hamid berpandangan, pendekatan itu wajar dipertimbangkan susulan laporan kelulusan Lembaga Racun terhadap cadangan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkenaan.

"Kita kena ingat bila benda-benda ketagihan ini, bukan semuanya harus kita jenayahkan.

Advertisement

"Sebab bila kita jenayahkan, benda itu akan menjadi satu jenayah, masuk mahkamah, denda atau penjara, yang mana ia tidak begitu produktif kerana tidak menyelesaikan masalah ketagihan," katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.

Bagaimanapun, Haezreena mengakui pengecualian nikotin cecair turut menimbulkan kebimbangan, khususnya berhubung penyalahgunaan vape sebagai medium pengambilan bahan terlarang termasuk dadah sintetik.

Advertisement

Jelasnya, kebimbangan terhadap peningkatan penggunaan dadah sintetik itu menjadi antara alasan sesetengah pihak berpandangan nikotin cecair wajar dikekalkan dalam senarai racun.

Namun, beliau menegaskan bahawa masalah ketagihan tidak semestinya perlu ditangani melalui pendekatan punitif, sebaliknya boleh diberikan perhatian menerusi intervensi perubatan dan program pemulihan.

"Kalau cadangan itu adalah untuk menggantikan dengan program pemulihan, program diversion, program medical untuk mengatasi masalah ketagihan atau tengoklah cara-cara lain, itu saya setuju.

"Sebab saya kurang setuju semuanya dijenayahkan sebab kita tidak mengatasi masalah itu. Pendekatan itu hanya pendekatan punitif tapi kita tidak atasi masalah itu," tambahnya lagi.

Terdahulu, Lembaga Racun meluluskan cadangan Dzulkefly untuk mengecualikan nikotin cecair daripada senarai racun, meskipun sebelum ini beliau menyatakan pendirian untuk mengharamkan vape.

Menurut laporan itu, Menteri Kesihatan sudah memperoleh sokongan Lembaga Racun terhadap cadangannya mengeluarkan cecair vape yang mengandungi nikotin daripada senarai racun.

Must Watch Video

Advertisement