awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Uganda gempar video bayi didera pembantu rumah tersebar

AFP
AFP
25/11/2014
02:02 MYT
Uganda gempar video bayi didera pembantu rumah tersebar
Imej pegun daripada video yang tersebar luas di emdia sosial menunjukkan Jolly Tumuhiirwe sedang memijak bayi.
Polis Uganda telah menahan seorang pembantu rumah atas dakwaan percubaan untuk membunuh selepas dia didapati mendera seorang bayi berusia 18 bulan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Kes yang dilaporkan semalam itu mengejutkan seluruh negara tersebut.
Ibu bapa bayi tersebut yang curiga dan bimbang telah memasang CCTV tersebut ketika mereka keluar bekerja. Mereka terkejut apabila rakaman menunjukkan pembantu rumah berkenaan menolak anak perempuan mereka ke lantai.
Dia kemudian telah menendang muka dan perut bayi malang itu sebelum memijak bahagian belakang tubuhnya. Pembantu rumah tersebut kemudiannya mengheret bayi yang tidak bermaya itu keluar dari ruang berkenaan, lapor akhbar tempatan.
Video yang menyentap perasaan itu kini telah ditonton dan dikongsi ribuan kali di media sosial.
Jurucakap polis, Fred Enanga berkata, Jolly Tumuhiirwe, 22, telah ditahan atas dakwaan percubaan untuk membunuh. Dia akan dibicarakan di mahkamah pada 8 Disember ini.
Ibu bapa bayi itu memberitahu akhbar New Vision bahawa anak mereka dalam keadaan trauma dan cedera.
"Video kanak-kanak yang dipukul ini amat menggemparkan. Sebarang perbuatan mendera atau keganasan terhadap kanak-kanak adalah tidak boleh diterima,” kata ketua agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Uganda, Aida Girma.
Topic Berkaitan
#bayi
#CCTV
#dera
#pembantu rumah
#Uganda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan