United Kingdom (UK) hari ini mengesahkan dua kes pertama jangkitan novel koronavirus di negara itu.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Perubatan England, Prof. Chris Whitty yang turut menjelaskan, kedua-dua pesakit terbabit dari keluarga yang sama dan kini sedang dirawat di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), barat laut England.
“Kedua-duanya sedang menerima rawatan pakar di NHS dan kami telah menjalankan prosedur pencegahan bagi menghalang virus itu daripada terus merebak,” katanya dalam satu kenyataan.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kecemasan peringkat antarabangsa
Tambah beliau, pegawai-pegawai kesihatan juga sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu lain yang sebelum ini mungkin pernah berhubung dengan pesakit berkenaan.
“Kami telah melakukan persiapan awal bagi menghadapi kes novel koronavirus di UK dan kami telah bersedia melakukan kawalan jangkitan untuk tindakan segera.
“Kami akan terus bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan komuniti antarabangsa bagi memastikan keadaan terkawal,” jelas kenyataan itu lagi.
Agensi
Fri Jan 31 2020
Kedua-dua pesakit terbabit merupakan anggota keluarga dan kini sedang dirawat di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), barat laut England. -Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Euro 2024: England hilang khidmat Harry Maguire, Kyle Walker
Pada Sabtu, anak buah Gareth Southgate itu mengalami kekalahan pertama mereka dalam tempoh 15 bulan.
Euro 2024: Southgate positif di sebalik England tersungkur kepada Brazil
Gareth Southgate gembira dengan mutu persembahan England meskipun tewas kepada Brazil dalam perlawanan persahabatan.
Euro 2024: Gareth Southgate elak dikaitkan ke Manchester United, fokus kempen England
Ketua jurulatih England, Gareth Southgate, tidak akan bercakap dengan mana-mana pihak yang berminat dengan khidmatnya hingga selepas Euro 2024 berakhir.
Sivasangari mara ke separuh akhir di Cleveland
Pemain wanita tunggal kedudukan ke-16 dunia itu menumpaskan Alicia Mead dari England 11-6, 11-8, 11-8 dalam masa 23 minit.
Southgate kecewa aksi England
England telah layak ke Euro dengan baki dua perlawanan, tetapi mereka mahu jadi pasukan pilihan utama di Jerman dengan memenangi Kumpulan C.
Dua kanak-kanak 12 tahun didakwa bunuh remaja 19 tahun di England
Menurut Polis Britain, kedua kanak-kanak itu juga telah didakwa kerana memiliki senjata pisau dan direman dalam tahanan.
England ketiga terbaik ragbi Piala Dunia Perancis 2023
England mempamerkan aksi membanggakan mengekang kebangkitan Argentina untuk merangkul pingat gangsa Piala Dunia Ragbi 2023.
Piala Dunia Ragbi: Afrika Selatan jumpa New Zealand di final
KAPTEN Afrika Selatan, Siya Kolisi memuji semangat pasukannya selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan England, 16-15 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Ragbi di Stade de France.
Piala Dunia Ragbi: Maro Itoje yakin England mampu atasi Afrika Selatan untuk ke final
Dua pasukan seteru itu akan bertembung di Stade de France hujung minggu ini.
Kelayakan Euro 2024: Southgate yakin England boleh jadi juara Eropah selepas tewaskan Itali
Gareth Southgate berkata England sudah bersedia untuk mencabar Kejohanan Eropah selepas melayakkan diri ke Euro 2024