ENGLAND melaporkan jumlah kes harian COVID-19 tertinggi sebanyak 162,572 pada Sabtu, meningkat daripada 160,276 hari sebelumnya.

Kemas kini harian juga menunjukkan 154 kematian baharu akibat virus itu di England, turun daripada 178 pada Jumaat.

Lazimnya, data turut merangkumi Scotland, Wales dan Ireland Utara.

Bagaimanapun pada Sabtu, terdapat perbezaan dalam jadual pelaporan pada hujung minggu tahun baru.

Jumlah jangkitan harian yang disahkan di seluruh United Kingdom berulang kali memecahkan rekod pada bulan Disember apabila varian Omicron merebak dengan pantas.

Walau bagaimanapun, kemasukan ke hospital dan kematian kekal pada tahap yang lebih rendah berbanding semasa gelombang sebelumnya.

Scotland, Wales dan Ireland Utara masing-masing memperkenalkan sekatan seperti penutupan kelab malam, peraturan penjarakan fizikal di pub dan had bilangan orang yang dibenarkan berkumpul.

Tetapi England, yang menyumbang lebih daripada 80 peratus penduduk UK, tidak mengenakan sebarang  sekatan.