DUNIA
UK tahan suspek serangan siber ke atas lapangan terbang utama Eropah

Orang ramai beratur di Terminal 2 Lapangan Terbang Heathrow, London selepas penerbangan ditangguhkan dan dibatalkan susulan serangan siber terhadap penyedia sistem daftar masuk dan pelepasan. - Foto AP
LONDON: Seorang lelaki berusia 40-an ditahan berhubung dakwaan serangan siber yang menyebabkan gangguan di Heathrow dan beberapa lapangan terbang utama Eropah yang lain, lapor PA Media/dpa.
Agensi Jenayah Kebangsaan UK (NCA) pada Rabu memaklumkan suspek ditahan di West Sussex pada Selasa kerana disyaki melanggar Akta Penyalahgunaan Komputer sebelum dibebaskan dengan ikat jamin bersyarat.
Timbalan Pengarah Paul Foster, yang mengetuai Unit Jenayah Siber Kebangsaan NCA, berkata: "Walaupun penahanan ini merupakan satu langkah positif, siasatan terhadap insiden ini masih di peringkat awal dan masih berjalan.
"Jenayah siber kekal sebagai ancaman global berterusan yang terus menimbulkan gangguan ketara kepada UK.Bersama rakan kongsi di dalam dan luar negara, NCA komited mengurangkan ancaman ini bagi melindungi rakyat Britain," katanya.
Serangan siber itu menjejaskan Collins Aerospace dan mengakibatkan gangguan terhadap sistem daftar masuk serta menaiki pesawat di Lapangan Terbang Heathrow London, Brussels, Berlin dan Dublin.
--BERNAMA-PA Media/dpa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami