awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK tawar ujian antibodi COVID-19 kepada orang ramai

Astro Awani
Astro Awani
23/08/2021
01:07 MYT
UK tawar ujian antibodi COVID-19 kepada orang ramai
Ujian pertama perlu dilakukan secepat mungkin selepas pesakit mendapat keputusan positif. - Foto fail
LONDON: United Kingdom (UK) akan mula menawarkan ujian antibodi COVID-19 kepada masyarakat umum pada minggu ini.
Menurut beberapa media UK seperti Sky News dan BBC, program baharu kerajaan ini bertujuan untuk menghasilkan data tentang perlindungan antibodi bagi individu mengikut jangkitan oleh varian COVID-19 berbeza.
Mulai Selasa, individu berumur 18 tahun ke atas di England, Wales, Ireland Utara dan Scotland akan dapat mengikuti program itu apabila menerima ujian PCR.
Peserta yang positif dijangkiti COVID-19 akan diberi dua ujian tusukan di jari untuk dilakukan di rumah dan kemudian memaklumkan kepada Badan Keselamatan Kesihatan UK mengenai tindak balas antibodi terhadap varian COVID-19 yang berbeza.
Ujian pertama perlu dilakukan secepat mungkin selepas pesakit mendapat keputusan positif dan ujian kedua perlu dilakukan 28 hari kemudian.
Menurut Badan Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) terdapat 8,000 individu yang telah mendaftar untuk mengikuti program ini.
UKHSA yang bekerjasama dengan NHS Test and Trace akan menggunakan hasil ujian itu untuk memantau tahap antibodi pada kes positif.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#England
#jangkitan
#kes positif
#koronavirus
#Scotland
#United Kingdom
#varian Koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan