awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK umum langkah baharu bendung COVID-19

Agensi
Agensi
22/09/2020
00:45 MYT
UK umum langkah baharu bendung COVID-19
Boris Johnson bertemu siku dengan para saintis ketika melawat sebuah tapak pembinaan pusat pembuatan dan inovasi vaksin di England, 18 Sept, 2020. (Foto AP/Fail)
United Kingdom (UK) pada Selasa memaklumkan akan mengumumkan langkah baharu untuk membendung peningkatan kes COVID-19.
Jurucakap kerajaan British berkata, tindakan itu diambil selepas penasihat tertinggi memberi amaran jumlah kematian akan meningkat dalam tempoh dua bulan jika tiada tindakan segera diambil.
Di bawah peraturan baharu yang akan berkuat kuasa pada Khamis ini, kata jurucakap itu, semua pub, bar dan tempat kemudahan awam akan ditutup pada jam 9 malam sementara kedai makan dan minuman hanya terhad untuk perkhidmatan hidang bufet sahaja.
"Kami tahu ini tidak mudah, tetapi kami mesti mengambil tindakan ke hadapan untuk mengawal peningkatan semula kes jangkitan COVID-19," katanya yang dipetik laporan agensi
Sementara itu, Ketua pegawai perubatan, Chris Whitty mengatakan kadar jangkitan semula yang meningkat dilihat di Perancis dan Sepanyol, kira-kira dua kali ganda dalam tempoh tujuh hari.
"Kami melihat kadar kenaikan di sebilangan besar negara. Ini bukan masalah orang lain. Ini semua masalah kita," katanya,
Beliau dalam pada itu mendesak masyarakat menghormati garis panduan yang lebih ketat mengenai penjarakan fizikal.
Pusat Biokeselamatan Bersama kerajaan kemudian mengubah tahap amaran COVID-19 dari tiga menjadi empat bagi mencerminkan peningkatan kes.
Perdana Menteri, Boris Johnson akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kecemasan Britain pagi ini sebelum membuat kenyataan di Parlimen.
Beliau dijadual berucap di televisyen secara langsung sekitar jam 7 malam untuk memperincikan bagaimana sekatan itu akan membantu meratakan lengkungan jangkitan pada musim sejuk yang kebiasaannya menyaksikan jangkitan pernafasan lain.
Negara itu mencatat 4,368 kes lagi semalam, tahap yang tidak ketara sejak awal Mei ketika negara itu masih melaksana perintah kawalan yang ketat.
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#Britain
#COVID-19
#kerajaan
#koronavirus
#Parlimen
#penjarakan sosial
#perubatan
#sepanyol
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan