awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ukraine dakwa Rusia undur tentera di kawasan tertentu

Astro Awani
Astro Awani
02/04/2022
21:00 MYT
Ukraine dakwa Rusia undur tentera di kawasan tertentu
Rusia didakwa sedang mengundurkan tenteranya di kawasan tertentu, dipercayai bagi menguatkan pasukannya di bahagian lain di Ukraine. - Foto Kementerian Pertahanan Rusia
KIEV: Rusia didakwa sedang mengundurkan tenteranya di kawasan tertentu, dipercayai bagi menguatkan pasukannya di bahagian lain di Ukraine.
Jurucakap Angkatan Tentera Ukraine, Oleksandr Shputun berkata, negara itu mungkin mengerah tenteranya yang berada di wilayah pemisah Moldova, Transnistria bagi melancarkan provokasi dan tunjuk perasaan di sepanjang sempadan Ukraine.
Menurut Shputun, Kementerian Pertahanan Rusia dilaporkan akan mengadakan pertemuan tentera dengan pasukan simpanan bermula 4 April hingga 23 Mei ini.
Ukraine mengambil maklum mengenai penempatan semula tentera Rusia dan bersedia menghadapi lebih banyak provokasi, kemungkinan serangan mahupun tebusan.
Transnistria merupakan antara pangkalan tentera Rusia yang terdekat dengan sempadan Ukraine dan wilayah pemisah itu mula terpisah dari Moldova selepas perang saudara pada awal tahun 90-an.
Bagaimanapun, kebanyakan negara tidak mengiktiraf Transnistria, sekali gus menyaksikan lebih 1,500 tentera Rusia ditempatkan di wilayah itu selepas perang saudara itu berakhir.
Topic Berkaitan
#Rusia
#Ukraine
#krisis
#perang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan