Skip to main content

Dunia

Ukraine setuju hentikan serangan ke atas infrastruktur tenaga

81721862063_VolodymyrZelensky.jpg
WASHINGTON: Ukraine bersetuju dengan cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk menghentikan serangan ke atas kemudahan tenaga, kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky selepas mengadakan perbualan telefon dengan Presiden AS, Donald Trump sehari selepas Rusia turut bersetuju mengambil langkah yang sama, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

"Satu daripada langkah awal ke arah menamatkan peperangan sepenuhnya adalah dengan menghentikan serangan ke atas kemudahan tenaga dan infrastruktur awam lain,"

"Saya menyokong langkah ini dan Ukraine mengesahkan bahawa kami bersedia untuk melaksanakannya," kata Zelensky di platform X selepas panggilan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas panggilan telefon antara Presiden Rusia, Vladimir Putin dengan Trump pada Selasa, yang menyatakan kesediaan Kremlin untuk menghentikan serangan ke atas infrastruktur tenaga Ukraine jika Kyiv mengambil tindakan yang sama.

-- BERNAMA





Advertisement

Must Watch Video