awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ukraine tolak cadangan serahkan wilayah untuk keahlian NATO

Bernama
Bernama
16/08/2023
11:47 MYT
Ukraine tolak cadangan serahkan wilayah untuk keahlian NATO
Nikolenko menekankan bahawa Ukraine komited untuk terus bekerjasama dengan NATO bagi mencapai keahlian penuh dalam perikatan itu. - Gambar FB Oleg Nikolenko
KYIV: Ukraine tidak akan menyerahkan wilayahnya kepada Rusia untuk mendapatkan keahlian Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Xinhua memetik jurucakap Kementerian Luar Ukraine, Oleg Nikolenko pada Selasa.
"Perbincangan mengenai Ukraine menyertai NATO sebagai pertukaran untuk menyerahkan sebahagian wilayah Ukraine adalah sama sekali tidak dapat diterima," menurut hantaran Nikolenko di Facebook.
Beliau menekankan bahawa Ukraine komited untuk terus bekerjasama dengan NATO bagi mencapai keahlian penuh dalam perikatan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas kenyataan daripada Stian Jenssen, pengarah pejabat peribadi Setiausaha Agung NATO, yang mencadangkan agar Ukraine menyerahkan sebahagian wilayahnya kepada Rusia sebagai pertukaran untuk keahlian bagi menamatkan peperangan, lapor agensi berita Ukrinform.
- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#NATO
#Ukraine
#Oleg Nikolenko
#tolak cadangan serahkan wilayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan