awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umat Islam di Singapura, Indonesia dan Thailand sambut Aidilfitri pada Sabtu

Bernama
Bernama
20/04/2023
14:37 MYT
Umat Islam di Singapura, Indonesia dan Thailand sambut Aidilfitri pada Sabtu
Umat Islam di Singapura, Indonesia dan Thailand akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu. - Astro AWANI/Shahir Omar
UMAT Islam di Singapura, Indonesia dan Thailand akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu.
Di SINGAPURA, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir, dalam pengumuman di laman sesawang Majlis Ugama Islam (MUIS) hari ini, berkata: "Mengikut pengiraan astronomi, hilal bagi bulan Syawal tidak muncul pada petang ini selepas matahari terbenam. Ini menandakan esok akan berakhir 30 hari Ramadan.
"Oleh itu, sukacita dimaklumkan bahawa hari pertama Syawal atau Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023".
Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua umat Islam di Singapura.
"Saya mohon ampun atas segala kekurangan. Semoga masyarakat Islam kita terus bersatu dalam mengharungi segala cabaran dengan penuh belas kasihan dan empati," katanya.
Di JAKARTA, Menteri Hal Ehwal Agama Yaqut Cholil Qoumas berkata Aidilfitri akan disambut pada Sabtu kerana "anak bulan Syawal pada Maghrib di Indonesia tidak memenuhi kriteria".
Menteri itu merujuk kepada kriteria yang ditetapkan oleh Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) berdasarkan perjanjian pada 2021.
Susulan pengumuman itu, Ramadan akan berlangsung sehari lagi di negara majoriti penduduk Islam paling ramai penduduk dan Syawal disambut sehari selepas itu.
Di THAILAND, Syeikhul Islam Thailand, Aziz Phitakkumpon turut mengisytiharkan Sabtu sebagai hari pertama Aidilfitri di negara itu, selepas disahkan bahawa anak bulan tidak kelihatan.
"Oleh itu, saya mengisytiharkan Sabtu sebagai hari pertama Aidilfitri," katanya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#lebaran
#Singapura
#Thailand
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan