awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umum tanding jawatan presiden ekoran permintaan dewi laut

Sinar Harian
Sinar Harian
18/04/2019
00:07 MYT
Umum tanding jawatan presiden ekoran permintaan dewi laut
Terry Gou (baju merah) mendakwa dewi laut Mazu memintanya mengamankan Taiwan. - Foto Reuters
Seorang pengasas syarikat elektronik terkemuka di Taiwan mengumumkan akan bertanding jawatan presiden ekoran permintaan dewi laut yang muncul dalam mimpinya.
Terry Gou yang merupakan pengasas syarikat Foxconn berkata, dewi laut Mazu muncul dalam mimpi dan memintanya berbuat sesuatu demi menyatukan Taiwan.
"Mazu hadir dalam mimpi saya dan berpesan agar berbuat sesuatu demi menyelamatkan Taiwan," katanya yang turut mengaku sebagai anak angkat kepada dewi laut tersebut.
Sehubungan mimpinya itu, Guo mengambil keputusan bertanding dalam pilihan raya presiden Taiwan yang dijadual diadakan pada Januari 2020.
Sekiranya berjaya merealisasikan hasrat menjadi presiden, Guo yang mahu bertanding sebagai calon parti pembangkang Kuomintang itu dikatakan akan melaksanakan dasar mesra China berbeza dengan pentadbiran Presiden Tsai Ing-wen ketika ini.
Guo yang merupakan antara tokoh terkaya di Taiwan ekoran keuntungan diperoleh menerusi Foxconn yang menghasilkan barangan elektronik untuk syarikat lain itu turut berjanji akan memajukan negara.
Topic Berkaitan
#dewi laut
#Foxconn
#Kuomintang
#Mazu
#pilihan raya
#presiden
#Taiwan
#Terry Gou
#Tsai Ing-Wen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan