awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undian Perdana Menteri Thailand hari ini

Astro Awani
Astro Awani
21/08/2023
23:30 MYT
Undian Perdana Menteri Thailand hari ini
Parti Pheu Thai dijangka mencalonkan usahawan hartanah Srettha Thavisin sebagai pilihannya untuk jawatan Perdana Menteri. - Foto REUTERS
BANGKOK: Undian untuk memilih Perdana Menteri Thailand yang baharu dijadual berlangsung hari ini, sekali gus diharap berupaya menamatkan kebuntuan dalam memilih pemimpin untuk mentadbir negara itu pasca Pilihan Raya Umum (PRU) 14 Mei lepas.
Prosiding undian berkenaan diputuskan sebagaimana diumumkan Speaker Wan Muhamad Noor Matha sebelum ini.
Sebelum ini pada Rabu lepas, Mahkamah Perlembagaan Thailand menolak petisyen untuk menyemak semula keputusan Parlimen yang menafikan pencalonan semula pemimpin Parti Move Forward (MFP), Pita Limjaroenrat sebagai Perdana Menteri untuk kali kedua.
Menyusul keputusan mahkamah itu, satu mesyuarat diadakan bagi membincangkan agenda undi Perdana Menteri pada Selasa.
Ketidaktentuan politik di Thailand semakin meningkat berikutan kebuntuan Parlimen, tiga bulan selepas PRU pertengahan Mei lepas.
MFP yang memenangi 151 kerusi gagal dalam usahanya untuk membentuk kerajaan berikutan rancangannya untuk meminda undang-undang yang menjadikan penghinaan kepada raja sebagai jenayah, terutamanya perkara 112 Kanun Jenayah atau lese-majeste.
Parti Pheu Thai yang menduduki tempat kedua dalam PRU dengan 141 ahli Parlimen keluar daripada gabungan bersama MFP awal bulan ini.
Parti Pheu Thai kini mengetuai gabungan baharu sembilan parti selepas meninggalkan MFP, kini menjadi pendahulu dalam usaha membentuk kerajaan.
Parti itu dijangka mencalonkan usahawan hartanah Srettha Thavisin sebagai pilihannya untuk jawatan Perdana Menteri.
Pada masa ini, gabungan diketuai Pheu Thai mempunyai 238 kerusi dalam dewan perwakilan yang dianggotai 500 orang.
Bagaimanapun, gabungan itu masih kekurangan sokongan, yang perlu ditambah dengan sokongan daripada 250 senator dewan negara kerana seorang Perdana Menteri memerlukan 376 undi daripada 750 ahli dwidewan untuk membentuk kerajaan.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Srettha Thavisin
#Parti Pheu Thai
#undian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan