awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNGA ke-78: Malaysia desak Myanmar henti keganasan, segera laksana perjanjian 5 perkara ASEAN

Fareez Azman
Fareez Azman
22/09/2023
16:11 MYT
UNGA ke-78: Malaysia desak Myanmar henti keganasan, segera laksana perjanjian 5 perkara ASEAN
Rampasan kuasa, keganasan dan ketidakstabilan berlaku di Myanmar jelas bertentangan dengan nilai dan prinsip hidup di rantau ini. - Ganbar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa terus memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar agar menghentikan krisis keganasan terhadap rakyatnya di negara itu.
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, rampasan kuasa, keganasan dan ketidakstabilan berlaku di Myanmar jelas bertentangan dengan nilai dan prinsip hidup di rantau ini.
"Kami amat terkejut dengan berterusan pasca rampasan kuasa keganasan dan ketidakstabilan di Myanmar. Ini antara isu strategik dan kemanusiaan terbesar dihadapi di Asia Tenggara beberapa tahun kebelakangan ini.
"Kebiadaban dan kezaliman terhadap rakyat Myanmar tidak dapat dipertahankan, dan bertentangan dengan nilai dan prinsip dikongsi oleh masyarakat di rantau ini dan di seluruh dunia," katanya.
Justeru, Malaysia tegas Anwar menyeru Myanmar agar segera menamatkan keganasan di negara itu berlandaskan perjanjian ASEAN.
"Sokongan masyarakat antarabangsa, termasuk PBB, adalah penting untuk mendesak secara berterusan dan mengekalkan tekanan yang diperlukan ke atas tentera pihak berkuasa untuk mengubah haluan mereka.
"Dalam prinsip ASEAN bahawa kekejaman berterusan mesti ditamatkan, Malaysia menyeru Myanmar supaya segera melaksanakan perjanjian lima perkara ASEAN ke arah mencapai keamanan dan kestabilan negara," ujarnya lagi.
Dari sudut Asia Pasifik pula jelas Anwar, ASEAN sedang mengemudi persaingan antara kuasa besar.
Justeru tambah Anwar, Malaysia percaya sebarang strategi yang dijalankan, perlu membawa kepada keamanan dan kestabilan, keselamatan dan kemakmuran di rantau ini.
Topic Berkaitan
#UNGA
#Perdana Menteri
#Myanmar
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan