NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan presiden sesi ke-77 Perhimpunan Agung PBB (UNGA), pada Isnin menyertai pemimpin dunia dan duta muhibah membuat gesaan global bagi menyelamatkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan kembali ke landasan sebenar untuk membangunkan dunia yang lebih baik "tanpa meminggirkan sesiapa pun".
Ekoran masa semakin suntuk bagi merealisasikan SDG, dan berlatarbelakangkan gesaan untuk membuat penyelesaian berani dalam menyelesaikan cabaran dunia yang semakin sukar, pada Debat Umum PBB tahun ini, yang dibuka pada Selasa, Setiausaha Agung Antonio Guterres mengadakan Momen SDG ketiga bagi memacu segera komitmen lebih padu, untuk memastikan kejayaan pelaksanaan SDG.
"Dunia mempunyai senarai panjang 'untuk dilaksanakan", kata Guterres kepada pemimpin dunia, dengan meminta lebih banyak pembiayaan dan pelaburan daripada sektor awam dan swasta, bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat, lapor Xinhua.
Sambil memperakui dunia berdepan "bahaya besar", susulan konflik, bencana iklim, perpecahan, pengangguran, pemindahan besar-besaran dan cabaran lain, setiausaha agung itu berkata walaupun "saya tertarik" untuk menangguhkan keutamaan jangka panjang, pembangunan tidak boleh ditangguhkan.
"Pendidikan untuk anak-anak kita tidak boleh tertangguh. Pekerjaan tidak boleh ditangguh. Kesaksamaan untuk wanita dan kanak-kanak perempuan tidak boleh diketepikan. Penjagaan kesihatan menyeluruh, tindakan menangani iklim, perlindungan biodiversiti -- ini tidak boleh ditangguhkan untuk kemudian hari," katanya sambil menekankan bahawa dalam kesemua skop ini, anak muda dan generasi akan datang mahu kita bertindak.
" Kita tidak boleh mengecewakan mereka. Ini saat penting... Bahaya yang kita hadapi tidak patut berlaku dalam dunia yang bersepadu... Mari kita kembalikan dunia kita pada landasan yang betul," tegas ketua PBB itu.
Presiden UNGA, Csaba Korosi, yang menyokong kata-kata Guterres itu, berkata bahawa sekarang masa yang tepat dan perlu untuk "mendedikasikan semula diri kita kepada SDG" ketika dunia semakin bermasalah.
"Pandemik itu adalah poskad dari masa depan, masa depan suram akibat krisis global yang saling berkait. Sesuatu yang kita mahu elakkan dan boleh kita elakkan. Kini kita perlu mengejar masa yang hilang akibat wabak itu. Kita sudah ada penyelesaiannya," katanya.
Korosi berkata sudah tiba masanya untuk bertindak "bersungguh-sungguh" dalam menyelamatkan dunia, dengan semua akibat menyenangkan atau tidak menyenangkan yang muncul, dan meminta negara anggota PBB supaya menunaikan ikrar yang dibuat.
Sambil memegang sepanduk 17 SDG di podium, Perdana Menteri Barbados dan Juara Alam Sekitar PBB, Mia Motley, berkata "dunia yang dilanda krisis iklim tidak dapat menyediakan masa depan yang mampan untuk kita. Adakah kita begitu angkuh? untuk mempercayai bahawa tidak akan ada masyarakat gagal dan tiada spesies pupus, kerana sejarah menunjukkan sebaliknya?"
Motley menggesa golongan muda supaya mengetuai revolusi untuk "mengubah tabiat kita untuk menamatkan pencemaran dan pembaziran plastik," dan "memberi tekanan kepada pemimpin" untuk menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik untuk didiami.
Amanda Gorman, seorang penyair, aktivis dan penyokong Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), berkongsi satu daripada karyanya yang memberi inspirasi tentang akauntabiliti pemimpin dan membasmi kemiskinan.
Sementara itu, penyokong SDG dan bintang K-pop, BLACKPINK, muncul menerusi mesej video mengajak dunia untuk mengambil tindakan khusus dalam menangani perubahan iklim dan meningkatkan pembangunan mampan.
Priyanka Chopra Jonas, duta muhibah UNICEF, menjadi tuan rumah acara itu. Beliau mengingatkan hadirin masa semakin suntuk, "kerana kita sudah separuh jalan ke tarikh akhir 2030" untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan.
"Kita semua berhak mendapat dunia yang adil, selamat dan sihat untuk didiami. Masa kini dan masa depan di tangan anda," katanya kepada Perhimpunan Agung.
Menurut laporan Matlamat Pembangunan Mampan 2022, pertembungan krisis -- pandemik COVID-19, perubahan iklim dan krisis Ukraine mewujudkan "kesan limpahan" terhadap jaminan makanan, kesihatan, pendidikan, alam sekitar, keamanan dan keselamatan. Gabungan krisis itu boleh menyebabkan tambahan 75 juta hingga 95 juta orang hidup dalam kemiskinan tegar pada 2022.
Dunia juga berhadapan krisis pendidikan global dengan dianggarkan 147 juta kanak-kanak hilang lebih separuh daripada pengajaran secara peribadi sejak dua tahun lepas. Selain itu, wanita dan kanak-kanak perempuan kekal terjejas akibat ketidakseimbangan sosioekonomi akibat pandemik, ditambah dengan peningkatan kerja penjagaan yang tidak dibayar upah selain keganasan rumah tangga
Negara-negara sudah mengambil tindakan untuk memajukan SDG dan menangani pelbagai krisis dengan mengukuhkan perlindungan sosial, membangunkan dasar mampan dan mengembangkan perkhidmatan penting.
Menurut laporan itu, walaupun banyak negara mengambil langkah untuk memenuhi janji SDG, tahap dan skala cabaran dunia yang sukar memerlukan tindak balas segera dan kolektif seperti dinyatakan dalam Agenda Bersama Kita, yang dilancarkan setiausaha agung pada 2021 dan berusaha menyelamatkan SDG menerusi kerjasama antarabangsa dan multilateralisme yang lebih kukuh.
Momen SDG tahunan itu bertujuan memberikan gambaran mengenai kemajuan, mengetengahkan tindakan yang boleh membawa perubahan, dan meningkatkan lagi transformasi diperlukan untuk mencapai Agenda Kemampanan 2030.Ia diwujdukan menerusi deklarasi politik yang diterima pakai pada Sidang Kemuncak pertama SDG pada 2019, yang memberi mandat kepada setiausaha agung PBB untuk memasukan acara itu dalam minggu utama UNGA dari 2020 hingga 2030.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2022
Setiausaha Agung Antonio Guterres mengadakan Momen SDG ketiga bagi memacu segera komitmen lebih padu, untuk memastikan kejayaan pelaksanaan SDG. - Gambar/ AP
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Malaysia kecam tindakan Israel, gesa campur tangan PBB dalam krisis Gaza
431 hari telah berlalu sejak serangan bermula, mengakibatkan lebih 44,000 kematian, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.
UNGA 79: Delegasi Malaysia tinggalkan dewan, saat kemunculan Netanyahu
Kesemua negara yang menyatakan sokongan kepada Resolusi Palestin yang berpandukan keputusan ICJ dan UNSC, turut melakukan tindakan sama.
Malaysia gesa PBB ambil tindakan segera tangani isu Palestin, Myanmar
Beliau turut menyatakan kebimbangan mendalam Malaysia terhadap konflik yang berterusan dan pencabulan hak asasi manusia di Palestin dan Myanmar.
Delegasi Turkiye dan lain-lain keluar Perhimpunan Agung PBB, protes PM Israel
Delegasi yang diketuai oleh wakil tetap Turkiye ke PBB, Duta Ahmet Yildiz, meninggalkan dewan sebelum Netanyahu memulakan ucapannya.
'Saya hairan tindakan 14 negara menentang Resolusi Palestin' - Mohamad
Mohamad menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang tidak wajar di saat dunia sedang berusaha mencari penyelesaian.
Presiden Turkiye kecam kehadiran Perdana Menteri Israel di PBB
Recep Tayyip Erdogan menyifatkan kehadiran Benjamin Netanyahu sebagai 'memalukan'.
Ancaman rentas sempadan, tindakan kolektif dunia diperlukan tangani isu Myanmar – Mohamad Hasan
Tindakan secara kolektif melalui pendekatan ASEAN adalah penting untuk menangani isu Myanmar, khususnya berkaitan dengan krisis kemanusiaan dan kezaliman terhadap umat Islam.
UNGA 79: Malaysia gesa hadkan kuasa veto UNSC, tuntut pelaksanaan resolusi Palestin
Kuasa veto tidak seharusnya digunakan untuk menghalang resolusi yang bertujuan menegakkan undang-undang antarabangsa dan melindungi orang awam yang tidak bersalah.
UNGA 79: “Ucapan terakhir Biden, retorik biasa, kita tidak terlalu berharap” - Mohamad
Menteri Luar sifatkan penampilan terakhir Presiden AS di UNGA sekadar public consumption.