awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNGA-76: Bahan bakar fosil akan jadi 'aset terbiar' - PBB

Astro Awani
Astro Awani
25/09/2021
00:28 MYT
UNGA-76: Bahan bakar fosil akan jadi 'aset terbiar' - PBB
Antonio Guterres bercakap pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB ketika sesi ke-76 Perhimpunan Agung PBB (UNGA_ di New York, 23 Sept, 2021. (Foto AP)
PERTUBUHAN Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berpendapat tiada alasan kukuh untuk negara atau pelabur membelanjakan wang bagi penerokaan atau infrastruktur bahan bakar fosil kerana ia bakal menjadi aset terbiar (stranded assets) tidak lama lagi.
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres membuat kenyataan itu pada Khamis ketika berucap pada Dialog Peringkat Tinggi Mengenai Tenaga pada sesi ke-76 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) di New York.
"Menjelang 2030, kapasiti solar dan angin masing-masing akan meningkat empat kali ganda menjadi 630 dan 390 gigawatt tambahan kapasiti tahunan.
"Dan kita mesti memperhebatkan usaha kita untuk meningkatkan kecekapan tenaga. Tidak sepatutnya ada kilang arang batu baru yang dibina selepas 2021.
"Negara-negara OECD harus komited untuk menghentikan kapasiti arang batu yang ada menjelang 2030, dengan semua negara lain mengikutinya pada 2040.
"Tidak ada alasan bagi negara atau pelabur untuk membiayai infrastruktur eksplorasi, perlesenan atau pengeluaran bahan bakar fosil baharu.
"Ini semua akan menjadi aset terbiar. Penyelesaian tenaga yang boleh diperbaharui bersih menyediakan peluang perniagaan terbaik.
"Kerjasama antarabangsa harus ditingkatkan untuk menjadi pemangkin kepada pembiayaan dan pelaburan yang diperlukan untuk mempercepat peralihan tenaga seperti itu, terutama di negara-negara membangun," katanya.
Guterres meminta para pelabur untuk melabur dalam pekerjaan yang mesra alam sekitar dan tenaga bersih seperti tenaga suria dan angin.
Beliau mendesak negara-negara kaya membiayai penyelesaian tenaga bersih untuk 760 juta orang di negara membangun yang tidak mempunyai akses elektrik.
Ia akan membolehkan mereka memasak menggunakan elektrik, gas, etanol, solar serta biojisim berprestasi tinggi dan bukannya bahan bakar yang mengakibatkan pencemaran seperti arang batu serta kayu.
Topic Berkaitan
#bahan bakar fosil
#PBB
#Antonio Guterres
#aset terbiar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan