JAKARTA: Vaksin polio oral novel jenis dua (nOPV2) Indonesia akan digunakan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) untuk mencegah penularan wabak polio di seluruh dunia.
Syarikat farmaseutikal milik kerajaan PT Bio Farma telah dianugerahkan kontrak daripada UNICEF untuk membekalkan vaksin polio bagi tempoh 2022-2023, kata presidennya Honesti Basyir.
"Kami telah menyumbang kepada kesihatan awam global kerana dapat menyediakan stok simpanan untuk mereka yang memerlukannya semasa wabak," katanya dalam satu kenyataan.
UNICEF memperoleh lebih satu bilion dos vaksin polio setiap tahun dan bekerjasama dengan pengeluar vaksin untuk memastikan bekalan yang mencukupi untuk imunisasi rutin serta kempen vaksinasi.
Bio Farma kini menyumbang 67 peratus daripada bekalan vaksin polio global.
Honesti berkata antara negara di Afrika yang menggunakan vaksin itu ialah Algeria, Cameroon, Republik Demokratik Congo, Djibouti, Ethiopia, Gambia, Ghana, Nigeria, Senegal, dan Uganda.
Dalam perkembangan lain, Indonesia mengeluarkan kebenaran penggunaan kecemasan untuk vaksin Indovac Bio Farma sebagai imunisasi aktif dalam mencegah COVID-19 yang disebabkan oleh SARS-CoV-2, pada golongan dewasa.
Indovac yang diluluskan itu menggunakan teknologi subunit protein rekombinan yang dibangunkan oleh Bio Farma dan Kolej Perubatan Baylor, Amerika Syarikat, kata ketua Agensi Kebangsaan Kawalan Dadah dan Makanan (BPOM) Penny Lukito.
Pada sidang media pada Jumaat, beliau berkata vaksin itu sudah mendapat sijil halal daripada Majlis Ulama Indonesia dan Badan Jaminan Halal Kebangsaan negara itu.
Bio Farma merancang untuk menghasilkan 20 juta dos Indovac di kemudahannya di Bandung, Jawa Barat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2022
UNICEF memperoleh lebih satu bilion dos vaksin polio setiap tahun dan bekerjasama dengan pengeluar vaksin untuk memastikan bekalan yang mencukupi untuk imunisasi rutin serta kempen vaksinasi. -Gambar fail/Reuters
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada umat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Afghanistan bakal lancar kempen vaksinasi polio
Kempen itu akan berlangsung selama empat hari, umum Kementerian Kesihatan pada Ahad.
Pihak berkuasa Jawa Barat mulakan suntikan polio untuk 4 juta kanak-kanak
Kerajaan wilayah Jawa Barat akan memulakan kempen vaksinasi polio pada 3 April selepas pihak berkuasa mengesahkan seorang kanak-kanak di daerah Purwakarta dijangkiti penyakit itu.
Burundi isytihar wabak polio
Pihak berkuasa kesihatan di Burundi pada Jumaat mengesan lapan sampel polio, secara rasmi mengisytiharkan wabak pertama di Afrika dalam tempoh lebih 30 tahun.
Vaksin baharu untuk rawat polio hasilkan 99 peratus antibodi - Saintis Bangladesh
Satu kajian baharu mendapati vaksin oral yang diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selamat untuk merawat virus polio jenis 2.
UNICEF guna vaksin nOPV2 Indonesia untuk bendung polio
Syarikat farmaseutikal milik kerajaan PT Bio Farma telah dianugerahkan kontrak daripada UNICEF untuk membekalkan vaksin polio.
Kes pertama polio liar di Malawi dikesan
Pihak berkuasa di Malawi mengesahkan satu kes polio liar melibatkan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di Lilongwe.
Konflik Afghanistan: Taliban setuju kempen vaksinasi polio oleh WHO
Sebelum ini, Taliban mengeysaki mereka boleh menjadi perisik bagi kerajaan Afgahnistan ketika itu atau Barat.
Polio muncul kembali di Afrika
Kadar imunisasi rutin dan suntikan imunisasi polio yang rendah mengakibatkan wabak polio kembali menyerang Uganda.
KKM ubah Jadual Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak mulai bulan ini
Vaksin lima serangkai kepada kanak-kanak akan ditukar kepada vaksin enam serangkai mulai November.
Hari Polio Sedunia: Daripada 317 kes AFP, empat disahkan polio - KP Kesihatan
Di Labuan, seramai 24,248 orang kanak-kanak menerima dua dos vaksin bOPV bagi Kempen Imunisasi Polio Labuan (KIPL), yang dijalankan sejak 11 Jun lalu.