awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Upacara keagamaan memperingati mangsa tragedi pusat jagaan kanak-kanak Thailand

Bernama
Bernama
09/10/2022
00:00 MYT
Upacara keagamaan memperingati mangsa tragedi pusat jagaan kanak-kanak Thailand
Upacara pengebumian diadakan di tiga kuil - Wat Ratsamakkee, Wat Si Uthai dan Wat Thepmongkulpichai di daerah Na Klang mulai Sabtu. - Gambar/ AP
UTHAI SAWAN: Foto anak kecil tersenyum riang, mainan, bunga dan susu diletakkan di atas deretan keranda kecil di Wat Si Uthai di Uthai Sawan, wilayah Nong Bua Lamphu.
Mereka ialah mangsa pembunuhan dalam kejadian amuk di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Uthai Sawan kira-kira 500 kilometer dari timur laut Bangkok.
Upacara pengebumian diadakan di tiga kuil - Wat Ratsamakkee, Wat Si Uthai dan Wat Thepmongkulpichai di daerah Na Klang mulai Sabtu.
Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn berkenan menganugerahkan upacara pembakaran diraja dijalankan buat kesemua 36 mangsa.
Prosiding pengebumian bermula pada petang Sabtu dan upacara pembakaran mayat dijangka pada Selasa.
Pada Khamis seorang anggota polis yang dipecat bertindak membunuh 36 orang termasuk 24 kanak-kanak - 21 lelaki dan tiga perempuan berusia antara dua hingga empat tahun dan 12 dewasa termasuk isterinya di Uthai Sawan di wilayah Nong Bua Lamphu.
Lelaki berusia 34 tahun itu dilaporkan membunuh 23 kanak-kanak yang sedang tidur selepas mereka selesai menikmati makan tengah hari.
Pembunuh kemudian melarikan diri dari tempat kejadian dan pulang ke rumah dan membunuh isteri serta anak lelakinya sebelum bertindak membunuh diri.
Upacara pembakaran mayat lelaki itu dijalankan di sebuah kuil di Udon Thani hari ini selepas kuil di Nong Bua Lamphu enggan mengadakan upacara berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tragedi thailand
#pusat jagaan kanak-kanak
#kanak-kanak dibunuh
#penghormatan terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan