awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Upacara persemadian pemilik kelab Leicester City bermula

Bernama
Bernama
04/11/2018
00:00 MYT
Upacara persemadian pemilik kelab Leicester City bermula
Majlis ritual berkenaan dihadiri oleh isteri mendiang, Aimon dan empat anak termasuk anak lelaki bongsunya, Aiyawatt. - Reuters
Upacara persemadian taikun Thailand, Vichal Srivaddhanaprabha, yang terkorban dalam nahas helikopter berhampiran stadium kelab miliknya, Leicester City, Sabtu lalu, bermula di tokong Buddha Debsirindrawas, di sini, pada Sabtu.
Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn berkenan mengurniakan air suci mengikuti amalan agama Buddha untuk digunakan dalam ritual memandikan jasad pengerusi King Power Group dan pengerusi Kelab Bola Sepak Leicester City itu.
Jenazah mendiang tiba dari United Kingdom pada Jumaat.
Majlis ritual berkenaan dihadiri oleh isteri mendiang, Aimon dan empat anak termasuk anak lelaki bongsu, Aiyawatt, 32, yang diramal oleh media sebagai pewaris kepada empayar perniagaan ayahnya.
Turut hadir memberi penghormatan kepada hartawan berkenaan ialah Timbalan Perdana Menteri, Jeneral Prawit Wongsuwan dan barisan menteri kerajaan, Pengerusi CP Group, Dhanin Chearavanont iaitu orang terkaya di Thailand serta tokoh korporat dan tokoh sukan.
Beberapa pemain Leicester City termasuk penyerang Jamie Vardy, penjaga gol Kasper Schmeichel dan pengurus pasukan Claude Puel dijadual mengunjungi Bangkok untuk memberi penghormatan selepas perlawanan menentang Cardiff City pada Sabtu malam.
Vichai, 60, dan empat lagi maut dalam nahas helikopter sejurus berlepas dari padang kelab itu seminggu lalu, menamatkan hayat lelaki kelima terkaya di Thailand itu.
Upacara persemadian akan berlangsung selama seminggu sebelum jasad Vichal disimpan untuk 100 hari sebelum upcara membakar mayat mendiang.
Bagaimanapun, keluarga mendiang belum mengumumkan tarikh upacara membakar mayat berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Leicester City
#nahas helikopter
#pemilik kelab
#Thailand
#Vichal Srivaddhanaprabha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan