awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha perlu diperkasa eratkan hubungan China-Jepun - Wang Yi

Bernama
Bernama
26/12/2024
08:48 MYT
Usaha perlu diperkasa eratkan hubungan China-Jepun - Wang Yi
Wang Yi (kanan) berkata, kedua-dua pihak perlu menjana impak sosial dalam suasana proaktif, terutamanya menyokong pertukaran antara kumpulan pemikir. - AP
BEIJING: Menteri Luar China Wang Yi mengemukakan cadangan untuk mempererat hubungan China-Jepun dalam bidang sosiobudaya semasa menghadiri mesyuarat kedua di bawah Mekanisme Perundingan dan Pertukaran Sosiobudaya Peringkat Tinggi China-Jepun bersama dengan rakan sejawatannya dari Jepun, Takeshi Iwaya di sini pada Rabu.
Wang yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China berkata, semakin banyak jambatan untuk pertukaran persahabatan dalam kalangan rakyat telah dibina dalam tempoh lima tahun sejak penubuhan Mekanisme Perundingan dan Pertukaran Sosiobudaya Peringkat Tinggi China-Jepun.
Beliau turut mencadangkan kedua-dua pihak memperkukuh pertukaran dua hala.
"Lebih banyak langkah perlu diambil untuk memudahkan mobiliti keanggotaan, terutamanya menggalakkan lawatan dan pertukaran dalam kalangan belia.
"Kedua-dua pihak perlu menambah elemen baharu dalam pertukaran dan menyokong antara satu sama lain dalam penganjuran temasya dan acara sukan utama seperti Sukan Asia Musim Sejuk, Sukan Asia dan Ekspo Dunia yang dipercayai kondusif bagi pertukaran dalam kalangan rakyat.
"Kedua-dua pihak perlu menjana impak sosial dalam suasana proaktif, terutamanya menyokong pertukaran antara kumpulan pemikir dan membantu warga media meningkatkan ketepatan dalam membuat liputan supaya dapat mendorong hubungan bilateral berkembang dengan sihat," kata Wang.
Ketika menyebut tentang tahun depan yang menandakan ulang tahun ke-80 kemenangan dalam Perang Rakyat China menentang pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia, Wang berkata, perang pencerobohan yang dilancarkan oleh kuasa tentera Jepun itu membawa malapetaka yang dahsyat, bukan hanya kepada rakyat China dan Jepun, tetapi juga kepada rakyat negara Asia lain yang terbabit.
Sejarah ini perlu disemat dalam ingatan dan kita juga perlu menimba pelajaran daripadanya dan menghargai keamanan yang tidak datang mudah.
"Kami (China) berharap dan yakin, pihak Jepun menunjukkan keazaman untuk mewujudkan pembangunan secara aman sekali lagi dan bekerjasama dengan China untuk menggalakkan perkembangan hubungan China-Jepun yang sihat dan stabil dengan menyemarakkan semangat 'melihat fakta sejarah dengan tepat untuk meneroka masa depan'," kata Wang.
Iwaya pula menyatakan pihaknya bersedia bekerjasama dengan China untuk meningkatkan kualiti program pertukaran dalam bidang sosiobudaya, memperkasa pertukaran antara bandar kembar dan mengambil lebih banyak langkah untuk mempermudah pertukaran keanggotaan.
Mesyuarat itu telah membuat gerak kerja utama untuk peringkat seterusnya dan mencapai kata sepakat yang meluas mengenai memperkasa kerjasama dalam bidang golongan belia, pendidikan, kebudayaan, pelancongan, sukan, media, filem dan televisyen, isu daerah dan golongan wanita.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wang yi
#takeshi iwaya
#hubungan bilateral
#China
#Jepun
#Belia
#Pemikir
#budaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan