LEBIH 6.84 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Rabu.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.24 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak lebih satu bilion dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 412 juta dos vaksin.

Brazil catat lebih 270 juta dos sementara Jepun melebihi 185 juta.

Manakala Turki, Jerman dan Mexico catat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 184 juta dos.

Ini diikuti Thailand melebihi 70 juta manakala Filipina 56 juta dan Malaysia melebihi 49 juta.

Singapura sudah melebihi 10 juta dos vaksin.