awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan Melaka 2025 tarik lebih 15,696 peserta - Exco
Trump umum rancangan pembinaan dua kapal perang baharu
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Titah Adendum: Hormati keputusan mahkamah, elak keruhkan suasana - PM

Faida Rahim
Faida Rahim
23/12/2025
01:50 MYT
[TERKINI] Titah Adendum: Hormati keputusan mahkamah, elak keruhkan suasana - PM
Anwar berkata Kerajaan MADANI kekal berpegang kepada prinsip negara hukum dan pengasingan kuasa susulan keputusan mahkamah berkaitan Titah Adendum Najib Razak.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan MADANI kekal berpegang kepada prinsip negara hukum dan pengasingan kuasa susulan keputusan mahkamah berhubung Titah Adendum melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam.
Beliau berkata badan kehakiman mesti dan akan terus bebas daripada sebarang pengaruh luar, justeru keputusan yang dibuat oleh hakim perlu dihormati.
“Atas prinsip kedaulatan undang-undang, semua pihak wajar menghormati keputusan yang telah dibuat, termasuk ruang dan saluran perundangan yang masih tersedia untuk mengemukakan rayuan, selain kepada Yang di-Pertuan Agong, selaras dengan peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Dalam pada itu, Anwar turut menyeru semua pihak agar menangani isu berkenaan dengan penuh sabar dan bijaksana serta tidak mengeruhkan suasana dalam keadaan sensitif ini.
“Sekalipun ada pihak yang memilih untuk tidak menzahirkan simpati kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak dan keluarganya, adalah tidak wajar untuk menambah ketegangan,” katanya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin memaklumkan bahawa tahanan rumah dalam permohonan Najib tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan undang-undang bagi mekanisme itu dijalankan di negara ini.
Hakim, Alice Loke Yee Ching berkata demikian ketika menolak permohonan, Najib, 72, untuk memaksa kerajaan melaksanakan Titah Adendum supaya beliau dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Semasa membaca keputusan penghakiman hampir satu jam, beliau berkata, pembelaan yang mewakili bekas Ahli Parlimen Pekan menghujahkan bahawa mekanisme pelaksanaan termaktub di bawah Seksyen 43 Akta Penjara 1995 serta Peraturan 111 Peraturan-Peraturan Penjara 2000 mengenai ‘release on licence’.
Bagaimanapun beliau berkata, mahkamah mentafsir kuasa pelepasan itu sebagai kuasa statutori Ketua Pengarah Jabatan Penjara.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Madani
#Anwar Ibrahim
#Najib Razak
#Titah Adendum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan