awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan Melaka 2025 tarik lebih 15,696 peserta - Exco
Trump umum rancangan pembinaan dua kapal perang baharu
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS naikkan insentif penghantaran pulang sukarela kepada AS$3,000

Bernama
Bernama
23/12/2025
01:45 MYT
AS naikkan insentif penghantaran pulang sukarela kepada AS$3,000
Migran tanpa dokumen yang mendaftar untuk dihantar pulang melalui aplikasi mudah alih CBP Home turut diberi tiket penerbangan ke negara asal masing-masing. - Gambar hiasan/REUTERS
ISTANBUL: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (DHS) pada Isnin memaklumkan pihaknya menawarkan insentif sementara yang lebih tinggi bagi menggalakkan penghantaran pulang secara sukarela sebelum akhir tahun, dengan menaikkan elaun daripada AS$1,000 kepada AS$3,000.
Menurut DHS, migran tanpa dokumen yang mendaftar untuk dihantar pulang melalui aplikasi mudah alih CBP Home turut diberi tiket penerbangan ke negara asal masing-masing, lapor Anadolu Ajansi.
Pendaftaran melalui aplikasi itu juga "melayakkan penerima mendapat pengampunan terhadap sebarang denda atau penalti sivil kerana gagal meninggalkan negara ini."
Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Kristi Noem berkata peningkatan "bonus keluar" itu hanya sah sehingga akhir tahun ini.
Beliau berkata seramai 1.9 juta orang telah dihantar pulang secara sukarela sejak Januari lalu, dengan "puluhan ribu" daripadanya menggunakan program CBP Home.
Noem menggesa individu terlibat supaya "mengambil kesempatan atas tawaran ini kerana jika tidak, kami akan menjejaki mereka, menahan mereka dan mereka tidak akan dibenarkan kembali."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#migran
#tanpa dokumen
#penghantaran pulang
#sukarela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan