DOS vaksin COVID-19 yang didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Sabtu hampiri 10 bilion.

Menurut data Johns Hopkins University, 9.76 bilion dos vaksin yang didaftar atau disuntik secara global.

Data juga dedahkan, China kini mendahului dengan lebih 2.8 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan lebih satu bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 530 juta dos vaksin.

Brazil catat lebih 350 juta dos didaftarkan, sementara Jepun melebihi 220 juta.

Manakala Turki, Jerman dan Mexico catat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan mendaftarkan lebih 300 juta dos.

Ini diikuti Filipina dengan 122 juta manakala  Thailand melebihi 111 juta.

Singapura sudah melebihi 11 juta dos vaksin didaftarkan.