awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: CDC kaji keperluan dos ketiga buat pesakit sistem imun

Astro Awani
Astro Awani
22/07/2021
23:12 MYT
Vaksin COVID-19: CDC kaji keperluan dos ketiga buat pesakit sistem imun
Menurut CDC, berdasarkan data pada 2013, dianggarkan 2.7 peratus orang dewasa di Amerika mempunyai sistem kekebalan badan yang lemah. - Gambar fail REUTERS
PENASIHAT Pusat Pengendalian Dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat akan mempertimbangkan bukti yang menunjukkan dos tambahan penggalak vaksin COVID-19 dapat meningkatkan perlindungan dalam kalangan orang yang mempunyai daya tahan tubuh yang rendah.
Data menunjukkan, individu dengan sistem kekebalan tubuh yang rendah mempunyai tindak balas antibodi yang kurang berbanding individu sihat.
Ia menuntut dos tambahan vaksin atau dos ketiga kepada mereka yang mengalami gangguan imun untuk meningkatkan antibodi mereka.
"Data terkini menunjukkan dos tambahan vaksin COVID-19 bagi mereka yang mengalami gangguan imun mampu meningkatkan tindak balas antibodi dan bahagian yang bertindak balas," menurut CDC pada Khamis.
Dalam kajian yang dijalankan juga, kesan sampingan jangka pendek daripada pengambilan dos ketiga vaksin mRNA seperti Pfizer dan Moderna hampir sama dengan kesan pengambilan dos pertama dan kedua.
Dianggarkan, 2.7 peratus orang dewasa di Amerika mempunyai sistem kekebalan badan yang lemah, menurut CDC berdasarkan data pada 2013.
Kumpulan ini merangkumi mereka yang menghidap HIV/AIDS, kanser, serta individu dengan pemindahan organ dan penyakit autoimun.
Individu ini berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19 serta mengalami komplikasi teruk akibat virus itu.
Minggu lalu, Israel mula memberi dos ketiga vaksin Pfizer kepada mereka yang menghidap penyakit imun lemah termasuk yang menjalani pemindahan jantung, paru-paru, buah pinggang dan pesakit kanser.
CDC juga beri amaran kepada individu yang mempunyai masalah sistem imun untuk ambil langkah berjaga-jaga dengan mengambil vaksin sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#suntikan
#booster
#penggalak
#mRNA
#dos pertama
#vaksin
#Pfizer
#Moderna
#Amerika Syarikat
#Israel
#dos ketiga
#komplikasi
#imun lemah
#sistem imun
#kekebalan tubuh
#antibodi
#gangguan imun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan