LEBIH 3.81 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia sehingga Sabtu.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.5 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan 427 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat sebanyak lebih 339 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil.

Manakala United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos.

Jepun dengan lebih 73 juta dos dan Perancis lebih 68 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 60.48 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Malaysia dan Filipina lebih 16 juta dos manakala Thailand kini lebih 15 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 6.9 juta dos.