LEBIH 5.90 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Sabtu.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 2.17 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak 808 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 384 juta dos vaksin.

Brazil mencatat lebih 220 juta dos sementara Jepun dan Jerman masing-masing 149 juta dan 105 juta dos vaksin.

Manakala Turki melebihi 105 juta dan united kingdom melebihi 93 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 123 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Ini diikuti Thailand, Filipina dan Malaysia melebihi 40 juta.

Manakala Singapura dengan lebih 9 juta dos vaksin.