Skip to main content

Dunia

Vaksin COVID-19: 2.31 bilion dos didaftarkan seluruh dunia

51623537909_COVIDvaccinewo.jpg
51623537909_COVIDvaccinewo.jpg

Advertisement

SEJUMLAH lebih 2.31 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Sabtu.

Data ini menunjukkan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan 863 juta dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ia diikuti Amerika Syarikat sebanyak 305 juta dos dan India dengan 249 juta dos vaksin.

Negara lain yang mencatat jumlah pemberian vaksin melebihi 70 juta dos adalah United Kingdom dan Brazil.

Manakala Jerman sudah mendaftarkan 60 juta dos, Perancis lebih 43 juta dan Itali lebih 41 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia terus mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 31 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Filipina berada di kedudukan kedua dengan 6 juta dos didaftarkan, diikuti Thailand dengan 5 juta dos, Singapura, 4.3 juta dos dan Malaysia, 4.1 juta dos.




Must Watch Video

Advertisement