PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan pentadbirannya bakal memenuhi matlamat memberikan 100 juta dos vaksin dalam tempoh 100 hari pada Jumaat, 58 hari selepas beliau menduduki White House.
Perkembangan itu menurut Biden, adalah beberapa minggu awal berbanding jadual, walaupun berlaku gangguan cuaca dan ribut musim sejuk sejak awal tahun ini.
Katanya, lapan minggu yang lalu, hanya lapan peratus warga emas yang telah menerima vaksin COVID-19.
Kini, 65 peratus warga berusia 65 tahun ke atas telah menerima sekurang-kurangnya suntikan dos pertama.
Pencapaian itu menurutnya, adalah penting kerana populasi warga emas mewakili 80 peratus dari 500,000 kematian akibat COVID-19.
"Esok, kita akan mencapai 100 juta dos vaksin yang telah diberikan oleh pentadbiran kita. Tetapi, seperti yang saya selalu katakan, itu hanya asasnya.
"Kita tidak akan berhenti sehingga kita berjaya mengalahkan wabak ini. Minggu depan, saya akan umumkan matlamat seterusnya dalam program vaksinasi.
"Ini adalah masa untuk optimis, bukan masa untuk bersantai. Saya memerlukan semua orang Amerika, semua anda, untuk mainkan peranan anda," katanya di White House, Washington, pada Khamis.
Biden mengatakan bahawa, AS pada puratanya memberikan 2.5 juta suntikan vaksin sehari, "jauh melebihi kadar di seluruh dunia."
Matlamat dos 100 juta pertama kali diumumkan pada 8 Dis 2020, beberapa hari sebelum AS memberi kebenaran terhadap penggunaan kecemasan vaksin COVID-19.
Ketika Biden menjadi presiden pada 20 Jan tahun ini, AS telah pun memberikan kira-kira 20 juta suntikan vaksin pada kadar 1 juta dos setiap hari.
Bagaimanapun, setelah timbul kritikan mengatakan sasaran Biden tidak cukup tinggi, jumlahnya dinaikkan kepada 150 juta dos dalam 100 hari pertama.
Kini, AS memberi suntikan sekitar 2.2 juta dos setiap hari dan kadar vaksinasi meningkat secara mendadak akhir bulan ini bersamaan dengan jangkaan lonjakan bekalan vaksin.
Astro Awani
Thu Mar 18 2021
Joe Biden, diiringi Naib Presiden Kamala Harris (kanan) bercakap mengenai vaksin COVID-19 di Bilik Timur, White House, Washington, 18 Mac, 2021. (Foto AP)
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel tambah laluan bantuan ke Gaza selepas tekanan AS - White House
Pengumuman itu hanya beberapa jam selepas Presiden Joe Biden memberi amaran kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bahawa pembaharuan besar perlu dilakukan.
AS senaraikan semula Houthi sebagai pengganas
Ia dilihat sebagai usaha terbaharu Washington untuk membendung serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah.
White House elak kritik tindakan Israel serang kem pelarian di Gaza
AS tidak akan beri sebarang maklum balas terhadap apa sahaja perkembangan terbaharu di wilayah peperangan antara Israel dan Hamas.
20 warga Amerika masih hilang di Israel - White House
Jumlah rakyat AS yang menjadi tawanan pula tidak dapat disahkan oleh White House.
Rumah Putih enggan ulas mengenai laporan Ukraine gagalkan plot cubaan bunuh Zelensky
Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karine Jean-Pierre enggan mengulas mengenai laporan mengenai Ukraine menggagalkan cubaan bunuh Presiden Volodymyr Zelensky, lapor Sputnik.
AS tentu sahih maklumat tentera seberang ke Pyongyang
Menurut jurucakap White House, Karine Jean Pierre, buat masa ini mereka mengenal pasti anggota berkenan sebagai Prebet Travis T King.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kokain ditemui di White House
Penemuan "barang yang tidak diketahui" di ruang kerja di West Wing pada hujung minggu lalu membawa kepada penutupan sementara kompleks White House.