awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Antoine Semenyo sah sertai Manchester City dengan yuran perpindahan 65 juta pound
Greenland kekal di bawah Denmark, AS tidak akan langgar kedaulatan - Presiden Perancis
AFCON 2025: Aksi cemerlang Amad Diallo pastikan Ivory Coast ke suku akhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: FDA lulus penggunaan Pfizer untuk kanak-kanak 5-11 tahun

Astro Awani
Astro Awani
30/10/2021
00:09 MYT
Vaksin COVID-19: FDA lulus penggunaan Pfizer untuk kanak-kanak 5-11 tahun
USFDA meluluskan penggunaan dos 10 mikrogram bagi kanak-kanak, berbanding 30 mikrogram bagi kumpulan umur 12 tahun dan ke atas. - Foto REUTERS
BADAN Kawal Selia Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (USFDA) meluluskan penggunaan vaksin jenis Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia 5 ke 11 tahun.
Ini bakal menyaksikan kali pertama golongan usia itu menerima vaksin.
Keputusan itu bermakna sekitar 28 juta kanak-kanak di negara itu, yang sebahagian besarnya sudah kembali ke sekolah, akan divaksin.
Kelulusan ini diberikan selepas pakar penasihat USFDA sebulat suara menyarankan penggunaan vaksin Pfizer.
USFDA meluluskan penggunaan dos 10 mikrogram bagi kanak-kanak, berbanding 30 mikrogram bagi kumpulan umur 12 tahun dan ke atas.
Pfizer-BioNTech sebelum ini mendakwa kajian klinikal bagi usia 5 ke 11 tahun menunjukkan vaksin keluarannya mempunyai keberkesanan 90.7 peratus terhadap virus COVID-19.
Sebelum Amerika Syarikat, China, Cuba dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut meluluskan penggunaan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak.
Sementara itu, panel Pusat Kawalan dah Pencegahan Penyakit (CDC) dijangka mengadakan pertemuan minggu depan, bagi mempertimbangkan saranan penggunaan vaksin Pfizer bagi kumpulan umur 5 ke 11 tahun.
Amerika Syarikat mula memberikan vaksin kepada kumpulan usia 12 ke 17 tahun Mei lalu.
Vaksin keluaran Pfizer adalah yang pertama diluluskan untuk kegunaan kecemasan bagi kumpulan umur 16 tahun dan ke atas.
Sementara bagi kelulusan kumpulan umur 12 ke 15 diberikan Mei lalu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#USFDA
#Pfizer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan