PUSAT Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat laporan dua kes baharu pembekuan darah, susulan suntikan dos tunggal vaksin COVID-19 keluaran Johnson & Johnson.

Kes melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita, kedua-duanya berusia di bawah 60 tahun.

Ia menjadikan jumlah kes pembekuan darah sebanyak 17, daripada 8 juta suntikan yang diberikan setakat ini.

Kes baharu itu dilaporkan selepas 10 hari penggunaan vaksin Johnson & Johnson ditangguh oleh perkhidmatan kesihatan negara itu.

Ia bagi menyiasat kaitannya dengan pembekuan darah yang jarang berlaku.

Jumaat lalu, CDC dan Pentadbiran Makanan dan Ubat Ubatan (FDA) AS berkata, risiko mengalami simptom pembekuan darah yang teruk dan platelet rendah akibat vaksin itu, adalah sangat rendah.