awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Varian Omicron: Sekolah rendah Belanda ditutup awal seminggu

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2021
00:00 MYT
Varian Omicron: Sekolah rendah Belanda ditutup awal seminggu
Rutter mengumumkan cuti sekolah turut dilanjutkan daripada dua minggu kepada tiga minggu bermula 20 Disember ini. - Foto AP
THE HAGUE: Sekolah rendah di Belanda diarah tutup seminggu awal bagi musim cuti sambutan Krismas.
Ia adalah sebahagian daripada usaha pihak berkuasa untuk mengekang penularan susulan penemuan varian baharu COVID-19, Omicron.
Perdana Menteri Sementara Belanda, Mark Rutter turut mengumumkan lanjutan sekatan yang sedang berkuat kuasa kepada 14 Januari.
Bagaimanapun, beliau akui perkara itu bukan yang diinginkan oleh rakyatnya terutamnya menjelang sambutan Krismas dan Tahun Baharu, namun langkah pencegahan tersebut terpaksa dilaksanakan.
Dalam pada itu, cuti sekolah turut dilanjutkan daripada dua minggu kepada tiga minggu bermula 20 Disember ini.
"Kita tidak boleh memandang rendah penularan varian Omicron.
"Akibatnya kita terpaksa menutup sekolah rendah, sekolah khas pendidikan awal dan tadika bermula 20 Disember atau sekurang-kurangnya 21 Disember sekiranya masa lebih diperlukan," katanya.
Sekatan tersebut dikuat kuasakan sejak bulan lalu.
Ia memaksa bar, restoran dan tempat awam lain termasuk teater dan panggung wayang ditutup lebih awal pada jam 5 petang sejak 28 November lalu.
Sekatan tersebut akan diteruskan sehingga berakhir musim percutian.
Pada masa sama jelasnya, sekatan tersebut terpaksa dilakukan bagi mengelakkan sistem kesihatan berada dalam keadaan tertekan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Omicron
#sekolah
#Krismas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan