awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Varian Omicron: Tidak perlu panik peningkatan kes kanak-kanak

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2021
23:42 MYT
Varian Omicron: Tidak perlu panik peningkatan kes kanak-kanak
Orang ramai menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Serbaguna Orange Farm, Afrika Selatan, 3 Dis 2021. (Foto AP)
PENINGKATAN kes jangkitan COVID-19 di hospital dalam kalangan kanak-kanak akibat varian Omicron di Afrika Selatan perlu dipandang serius.
Namun, pihak berkuasa kesihatan Afrika Selatan memberi jaminan, orang ramai tidak perlu panik dengan keadaan tersebut memandangkan kebanyakan kes yang direkodkan menunjukkan gejala ringan.
Memetik laporan antarabangsa pada Sabtu, sebilangan besar kes yang direkodkan dalam kalangan bayi di bandar Pretoria meningkatkan kebimbangan bahawa varian Omicron ini mampu memberi risiko bahaya kepada kanak-kanak berbanding varian lain.
Bagaimanapun, kajian masih belum dapat membuktikan perkara ini.
Di bandar Johannesburg, daripada 1,511 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, 113 adalah kanak-kanak berusia bawah 9 tahun.
Apa yang pasti ketika ini adalah, berdasarkan laporan klinikal, kanak-kanak mengalami gejala ringan.
Memandangkan hanya sejumlah kecil peratus kes positif COVID-19 di Afrika Selatan yang dihantar bagi penjujukan genom, pihak berkuasa masih lagi tiada laporan lanjut sama ada varian Omicron ini menyebabkan kanak-kanak yang dijangkiti perlu menerima rawatan di hospital.
Pihak berkuasa kesihatan ketika ini mengharapkan dalam tempoh dua minggu akan datang, laporan lengkap dapat dibentangkan.
Topic Berkaitan
#jangkitan
#Kanak-kanak
#COVID-19
#varian omicron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan